Sunday, July 31, 2011

Buka tangan anda

Buka tangan anda menerima setiap pengalaman yang anda alami setiap hari...
Biar air mata mengalir pada wajahmu...
Biar kesedihan membanjiri hatimu
Jangan biarkan tembok yang menghalang kesedihan turut menghalang dirimu untuk menkecapi kebahagiaan.
Hargailah setiap pengalaman yang anda alami setiap hari
Tiada siapa tahu bila dia akan pergi meninggalkan dunia ini
Tiada siapa tahu yang mana satu peluang kita
Yang manu bala kita
Sesungguhnya semua itu berada di tangan Tuhan Yang Maha Esa
Belajarlah menghargai segalanya
Dan sentiasa bersyukur dengan apa yang ada
Janganlah berputus asa
Kita tidak tahu apa yang ada pada esok hari

Monday, July 18, 2011

Apa kelebihan sabun lintah?



SABUN LINTAH
RM18.90

Sangat sesuai untuk:-

1) Sebagai anti penuaan dan mengurangkan garis garis kedutan di wajah
2) Mengubati gatal gatal kulit
3) Membentuk dan menegangkan payudara dan bahagian punggung
4) Menghilangkan parut
5) Memberi kelembapan pada kulit. 
6) Menghilangkan bengkak di kaki 

Digunakan sebagai sabun mandian

Cara penggunaan: 

  1. Untuk pencuci muka, ambil buih sabun dan cuci muka dengannya. Cuci selama 3-5 minit kemudian biarkannya selama 10 saat. Kemudian bilas.
  2. Untuk badan, gunakan sama seperti sabun mandi biasa.
  3. Untuk menegangkan dan membesarkan payudara, urut payudara anda dari bawah ke atas mengikut arah lawan jam. Untuk mengecilkan, urut ikut arah jam.
  4. Untuk menghilangkan bengkak di kaki, baca bismillahirrahmanirrahim di dalam hati..kemudian baca selawat 3 kali dengan niat semoga Allah menyembuhkan bengkak kaki yang dihadapi. InsyaAllah, bengkak kaki akan surut.
Bahan utama : Minyak lintah dan madu

Bermulanya hari yang indah

Setiap hari adalah satu hari yang indah
Aku dapat menatap wajah ibu dan ayah
Dengan mata yang masih mampu melihat

Aku terdengar kicauan burung di luar tingkap
Membuat aku tertanya-tanya
Mesti seronok jadi burung
Namun aku lupa dengan apa yang aku dengar
Aku mendengar dengan telinga yang masih mampu mendengar

Aku bangkit dari tidur sambil menggeliat
Aku katakan pada diriku
Isk, awalnya aku bangun hari ni
Aku lupa yang masih ramai orang
Yang tidak dapat bangun akibat sakit atau meninggal

Aku bersyukur kerana hari ini sungguh indah
Tidak kira apa pun yang terpaksa dihadapi hari ini
Semoga orang yang membaca mendapat kekuatan menghadapi hari ini

Sunday, July 17, 2011

Saya jatuh cinta kerana syaitan.

Tersebutlah kisah, seorang “lelaki A” datang berjumpa dengan seorang perempuan. Perempuan  ini adalah yang paling ‘hot’ di kampusnya, kerana memiliki rupa paras yang cantik dan menawan. Sifat pada perempuan ni yang paling orang suka adalah kerana dia ni seksi dan berada. Tapi sayang, dia bukan muslim.
Nak dipendekkan cerita, kita lihat dialog yang berlaku antara lelaki A dan perempuan tersebut. Tapi sebelum tu, biar aku bagi tau korang ciri-ciri lelaki A tu. Lelaki A merupakan anak seorang Dato’ yang sememangnya kaya, kacak dan bergaya. Nak pergi kampus pon pakai kereta mewah, kemudian ada driver pula. Awek mana tengok mesti melopong biji mata.


Alice: Apasal awak datang nak jumpa saya?
Lelaki A: Saya dah jatuh cinta kat awak.
Alice: (memandang lelaki itu dengan sinis) sebab?
Lelaki A: Kerana awak cantik. Sesiapa yang memandang awak sekilas pasti tak puas. Sudikah awak jadi gf saya?
Alice: Tapi..
Lelaki A: Jangan risau Alice. Saya ada segala-galanya. Harta..kebahagiaan..dan apa je awak mintak, saya boleh bagi.
Alice: Maafkan saya, saya ada kuliah. (perempuan itu sengaja membuat dalih)
Seminggu kemudian, perempuan ‘hot’ ni didatangi seorang lelaki lagi, kita namakan lelaki ni “lelaki B”. Penampilan lelaki B ni agak islamik. Pakai baju Melayu siap bersongkok pula tu. Tapi, hati dia hanya tuhan sahaja yang tahu. Apa-apa pun, kenalah bersangka baik.

Alice: Ha, ada apa erk?
Lelaki B: Assalamualaikum. (ucap lelaki tu lembut)
Alice: (agak terkedu seketika) Waalaikumsalam. Kenapa awak datang nak jumpa saya?
Lelaki B: Saya…saya…
Alice: Kenapa? cakaplah..
Lelaki B: Saya jatuh cinta kat awak..
Alice: sebab?
Lelaki B: Perlukah bersebab?
Alice: Ya. Sebab saya tak pernah kenal awak, tau2 awak dah jatuh cinta..
Lelaki B: Baiklah, saya cintakan awak kerana Allah telah ciptakan perasaan cinta dalam hati saya untuk awak.
Alice: Owh. (Perempuan itu melihat jam tangannya) Maaflah, saya ada study group. Lain kali kita borak lagi.
Maka tertinggallah lelaki B keseorangan tanpa sebarang jawapan dari sang gadis itu.
Seminggu yang seterusnya, perempuan itu didatangi oleh seorang lagi lelaki iaitu “lelaki C”. Kali ini, lelaki C berpenampilan biasa dan sederhana saja. Wajahnya juga tidaklah sekacak mana namun ada sesuatu pada wajah itu. Entahlah apa. Perempuan itu mengukir senyuman manis untuk lelaki itu kerana dia pasti bahawa lelaki ini pasti akan bercakap benda yang sama.

Alice: Saya tau kenapa awak datang nak jumpa saya..
Lelaki C: (Termangu seketika) Awak dah tau?
Alice: Why not? Awak cintakan saya?
Lelaki C: Ya, saya menyintai awak.
Alice: (tersenyum sinis) Well, kenapa pulak? Sebab Allah telah menghadirkan perasaan cinta kat dalam hati awak untuk saya?
Lelaki C: (hanya mampu tunduk)
Alice: Kenapa diam? atau..awak jatuh cinta di sebabkan rupa saya..atau saya ni seksi..atau..saya ni anak orang berada..
Lelaki C: Demi Allah, semua itu tak betul.(Lelaki C berubah menjadi tegas). Ya, memang benar saya jatuh cinta kat awak tetapi bukan kerana Allah atau kerana kecantikan awak, harta awak.. saya jatuh cinta disebabkan Syaitan Durjana. Syaitan yang mendorong saya untuk mengejar awak. Kemana saja awak jalan, mata saya akan mengekori awak. Tatkala rambut ikal awak terbang ditiup angin, saya rasa perasaan saya kacau.Wajah cantik awak sentiasa datang bermain di jiwa saya pada hal saya tak menginginkannya. Saya rasa rimas dengan perasaan saya. Saya semakin hanyut. Semakin terleka.
Alice: (terkedu) Apa awak nak?
Lelaki C: Saya tak mahukan apa-apa. Mungkin hanya sekelumit simpati. Hanya kalau awak sudi. Maafkan saya, saya mohon untuk berlalu.
Alice: Nanti dulu, siapa nama awak? Macam mana saya nak tolong awak?
Lelaki C: Nama saya, ah, tak layak saya nak beritahunya kat awak. Sesungguhnya nama yang saya pinjam ini sungguh mulia. Saya pasti awak tau apa nak dibuat. Maafkan saya, saya tak sanggup nak berlama-lama di sini. Syaitan itu sentiasa membisikkan perkara yang jahat ke telinga manusia. Salamu’alaikum.
Alice hanya melihat langkah lelaki itu tanpa sepatah kata.
Dua tahun kemudian…
Akif merehatkan dirinya di pelantar rumah sambil menghirup udara segar pagi. Tiba-tiba dia disapa oleh ibunya.

Ibu: Akif, ibu teringin nak tengok Akif berumah tangga. Akif tak de ke pilihan hati Akif sendiri?
Akif: Entahlah ibu. Susah kita nak mencari pasangan yang betul2 berdiri di atas landasan yang teguh.
Ibu: Akif, ibu faham. Memang susah nak cari orang yang seperti itu, kalau ada pun, nisbahnya kecil. Manusia makin hanyut ditelan arus dunia. Semakin moden, semakin lupa tanggungjawab kita sebagai muslim. Tapi Akif, kita juga boleh menjadi pengubah.
Akif: Ibu.. Akif faham. Insya Allah ibu, Akif akan cari seorang perempuan..jika dia tak seperti yang Akif harapkan, Akif yang akan membentuk dia, mengubah dia. Akif akan cuba laksanakan permintaan ibu.
Ibu: (tersenyum) Akif, ibu rasa, ibu sudah berkenan dengan seorang gadis ini. Dia baik dan manis juga orangnya. Pekerjaannya juga mulia. dia bekerja sebagai seorang guru di sekolah menengah agama. Ibu dah berbual-bual dengan ibu bapanya. Baik sungguh mereka itu.
Akif: Siapa dia ibu? siapa nama dia?
Ibu: Nur Alissa Zakiyyah…
Seminggu sebelum hari pertunangan. Waktu itu, Akif berada di rumah Nur Alissa Zakiyyah. Baru kali pertama Akif ke sana. Rumah yang dijejakinya ini sungguh besar dan luas. Halamannya juga menarik bersama landskap yang begitu teratur. Bunga-bungaannya memukau mata. Suasana agak hingar-bingar. Ibu Akif berada di dalam rumah mungkin sedang sibuk membantu mereka yang lain menyiapkan juadah makan tengah hari bersama.
Akif berjalan menuju ke suatu sudut di halaman itu namun langkahnya terhenti apabila terlihat seorang gadis bertudung hijau lembut sambil mengenakan pakaian baju kurung..entahlah baju kurung jenis apa yang penting ianya gubahan moden seiring mengikut zaman. Gadis itu seperti pernah dilihatnya di dalam sekeping gambar. Gambar yang diberi ibunya. Mungkinkah itu bakal tunangnya?
Akif memberanikan diri untuk menyapa gadis itu.

Akif: Assalamu’alaikum.
Alissa: Wa’alaikumsalam. (Alissa tersenyum lantas membelakangi Akif)
Akif: Awakkah Nur Alissa Zakiyyah??
Alissa: Dan awak pula Akif Rahmankan?(soal Alissa tanpa menjawab pertanyaan Akif terlebih dahulu)
Akif: ya. Akif Rahman Bin Razaq. Awak belum jawab soalan saya..
Alissa: Hum.. akhirnya…
Akif: (Akif hairan) Kenapa? Pernahkah kita bertemu atau berkenal?
Alissa: Ya.
Akif: Siapakah awak? (tanya Akif penuh kehairanan)
Alissa: Nama saya Nur Alissa Zakiyyah binti Aziz. Sayalah Alice.
Akif: (terkesima) Subhanallah. Awak dah berubah, saya langsung tak cam awak. Macam mana awak boleh jadi macam ni?
Alissa: Bukankah awak yang meminta sekelumit simpati dari saya?
Akif: Alice…(terharu..)
Alissa: Akif, saya dah jatuh cinta kat awak. Dah lama..
Akif: Sebab?
Alissa: Saya mencintai awak kerana agama yang ada pada awak…

Pentingnya Menjaga Hati Seorang Ibu

Islam amat memuliakan ibu dan kemuliaan ibu menduduki tempat kedua selepas mentaati Allah s.w.t. Justeru, Allah s.w.t. telah mewajibkan anak-anak memulia dan menghormati ibu sekalipun berlainan pegangan agama.

Allah Azza Wajalla juga secara tegas mengharamkan segala bentuk penderhakaan kepada kedua-dua orang tua selagi ibu bapa berada atas landasan syarak. Ini ditegaskan oleh Allah s.w.t. dalam firman-Nya:

Maksudnya: “Dan Tuhanmu telah perintahkan, supaya engkau tidak menyembah melainkan kepada-Nya, dan hendaklah engkau berbuat baik kepada kedua ibu bapa. Jika salah seorang dari keduanya, atau kedua-duanya sekali, sampai kepada umur tua dalam jagaan dan peliharaanmu, maka janganlah engkau berkata kepada keduanya sekalipun perkataan ‘ah’, dan janganlah engkau menengking mereka, tetapi katakanlah kepada mereka perkataan yang mulia.” (Surah al-Israa’:23)

Adalah satu hakikat bahawa ibu mempunyai kedudukan yang lebih tinggi berbanding bapa. Berdasarkan sifat dan naluri keibuan, maka tidak hairan anak-anak lebih mengasihi, dan mengingati serta sering menyebut nama ibu berbanding bapa.

Jika sakit, kita lebih suka ibu yang jaga. Kalau hendak makan, kita lebih suka ibu yang masak dan suapkan. Kalau ingin tidur, kita mahu ibu yang tidurkan. Kalau ingin berkahwin, ibu juga yang kita risaukan. Malah sehingga saat menghadapi kematian pun, kita akan menyebut nama ibu.

Kuatnya ingatan anak-anak kepada ibu ialah kerana ibulah yang mengandungkan kita, ibu yang menyusukan kita, ibu yang menyuapkan kita makan dan minum, ibu yang mendodoi dan menidurkan kita, ibu yang membersihkan najis dan segala kotoran di badan kita. Oleh itu, wajarlah Allah s.w.t. memuliakan ibu sesuai dengan pengorbanannya.

Firman Allah s.w.t. dalam surah Luqman ayat 14:
Maksudnya: “Dan Kami wajibkan manusia berbuat baik kepada kedua ibu bapanya; ibunya telah mengandungnya dengan menanggung kelemahan atas kelemahan dan menceraikan susunya dalam masa dua tahun; bersyukurlah kepada-Ku dan kepada kedua ibu bapamu; dan kepada Akulah tempat kembalimu.”

Fahamilah bahawa ibu bapa adalah perantara yang menyebabkan kita berada di dunia ini. Mereka terlalu banyak berkorban tenaga, masa dan harta demi kebahagiaan anak-anak. Sedarilah bahawa ibu bapa kita kini telah tua, lemah tenaga, kabur penglihatan dan kurang pendengaran. Mereka sangat mengharapkan pertolongan dan perhatian anak-anak.

Gembiralah ibu bapa andainya mereka di kasihi dan dimuliakan dan hancurlah hati ibu bapa jika kita menderhakainya. Sesungguhnya jasa dan pengorbanan ibu bapa amat besar dan tidak mungkin kita dapat menebusnya.

Dalam hal ini, Imam Bukhari telah meriwayatkan sebuah kisah daripada Said bin Abi Burdah tentang seorang lelaki Yaman yang bertawaf sambil mendukung ibunya dengan penuh cermat. Sesudah selesai tawaf, beliau bertanya kepada Ibnu Umar: Apakah dengan khidmat dan pengorbananku ini telah dapat membalas jasa bakti ibuku?. Jawab Ibnu Umar: Tidak, apa yang telah kamu lakukan tadi tidak akan dapat menebus jasa ibumu sekalipun sekadar hembusan nafas ketika kesakitan melahirkan kamu.

Kita hari ini merasa dukacita kerana masih terdapat kes penderhakaan yang dilakukan oleh segelintir masyarakat kita terhadap ibu. Antaranya ada yang menunjukkan kedegilan melawan cakap ibu, lari meninggalkan rumah kerana tidak suka dinasihati ibu, membiarkan ibu yang sakit bersendirian, meminggirkan ibu tanpa khabar berita, mengherdik ibu, mengkhianati harta benda ibu, menjadikan ibu sebagai orang gaji, malah ada yang sanggup memukul ibu. Apa yang ganjilnya, ada segelintir dari kalangan kita yang berebut-rebut mencium tangan orang lain tetapi jarang sekali mencium tangan ibu sendiri yang sebenarnya ada keberkatan.

Insaflah, perbuatan menderhakai ibu bapa akan mendatangkan kecelakaan kepada kita di dunia dan di akhirat. Di dunia kita akan menerima giliran diderhakai oleh anak-anak kita, dan begitulah seterusnya. Manakala di akhirat akan menerima kemurkaan Allah Azza Wajalla.

Ini selaras dengan hadith yang diriwayatkan oleh Imam Muslim daripada Abu Hurairah r.a bahawa Rasulullah s.a.w. telah bersabda:

Mafhumnya: “Amat malanglah! Amat malanglah! Dan amat malanglah. Maka Rasulullah ditanya: Siapakah orang yang amat malang itu wahai Rasulullah? Baginda menjawab: Seseorang yang mendapati kedua ibu bapanya atau salah seorang daripada keduanya telah tua namun dia masih gagal memasuki syurga (lantaran gagal berkhidmat kepada mereka).”

Ini adalah diseru bagi pihak ibu-ibu kepada anak-anak sekalian, marilah kita bersegera mengubat kerinduan ibu sebelum mereka didatangi ajal.

Gembirakanlah mereka dan carilah keredhaan mereka serta perbanyakanlah doa keampunan kepada mereka. Budayakanlah amalan memuliakan dan menghormati ibu bapa di sepanjang kehidupan kita dan janganlah hanya dibuat pada masa-masa tertentu sahaja.

Inilah kewajipan anak-anak yang ditegaskan oleh Allah s.w.t. dalam firman-Nya:
Maksudnya: “Dan rendahkanlah dirimu kepada keduanya kerana belas kasihan dan kasih sayangmu, dan doakanlah: Wahai Tuhanku! Kasihanilah mereka berdua sebagaimana mereka telah memelihara dan mendidikku semasa kecil.”
(Sural al-Israa’:24)

Sumber : Jabatan Kemajuan Islam Malaysia

Kadang-kadang kita terlupa....

Kita sentiasa dikelilingi dengan orang yang kita cintai dan kita sayang. Tetapi sebab kita terlalu tumpukan kepada seorang lelaki, kita lupa kita masih ada mak dan ayah yang masih menyeyangi kita.

Kadang-kadang kita lupa yang hidup ini penuh dengan cabaran. Kita terlupa untuk bersiap-sedia untuk menghadapi kehidupan ini taktala terlalu sibuk mengejar keseronokan.

Kadang-kadang kita lupa untuk mengejar impian kita. Kita tidak tahu macam mana nak menunaikan impian kita. Tiada cara lain untuk menunaikan impian kita melainkan dengan mengambil risiko.

Carilah impian awak kerana awak lebih berhak keatasnya.

Sunday, July 10, 2011

Sabun lintah dan cara penggunaan.



SABUN LINTAH
RM18.90

Sangat sesuai untuk:-

1) Sebagai anti penuaan dan mengurangkan garis garis kedutan di wajah
2) Mengubati gatal gatal kulit
3) Membentuk dan menegangkan payudara dan bahagian punggung
4) Menghilangkan parut
5) Memberi kelembapan pada kulit.

Digunakan sebagai sabun mandian

Cara penggunaan: 

  1. Untuk pencuci muka, ambil buih sabun dan cuci muka dengannya. Cuci selama 3-5 minit kemudian biarkannya selama 10 saat. Kemudian bilas.
  2. Untuk badan, gunakan sama seperti sabun mandi biasa.
  3. Untuk menegangkan dan membesarkan payudara, urut payudara anda dari bawah ke atas mengikut arah lawan jam. Untuk mengecilkan, urut ikut arah jam.
Bahan utama : Minyak lintah dan madu

Tuesday, July 5, 2011

Produk organik dan produk lain.

Semakin ramai orang mula beralih kepada produk-produk organik seperti sabun dan pencuci muka. Ini kerana di sekeliling kita dipenuhi dengan produk-produk yang penuh dengan bahan kimia.

Ini menyebabkan ramai orang berasa bimbang terhadap kesan yang akan mereka dapati akibat penggunaan bahan kimia yang pelbagai dan terlalu banyak.

Menyedari hakikat itu, banyak syarikat mula mengeluarkan produk-produk berunsur organik seperti sabun , pencuci muka, syampu dan sebagainya.

Namun terdapat juga produk yang mengatakan produk mereka merupakan produk organik sedangkan produk mereka bukan produk organik.

Ini secara tidak langsung telah menghilangkan kepercayaan pengguna terhadap produk organik keluaran Malaysia.

Sedangkan produk organik sangat selamat untuk digunakan malah ada di antaranya jauh lebih baik daripada produk antarabangsa kerana ianya bebas daripada bahan kimia dan bahan pengawet.

Namun kami percaya produk organik mendapat tempat di mata masyarakat dunia khususnya masyarakaty Malaysia yang tercinta ini.

Monday, July 4, 2011

Sabun serai wangi dan bau badan musuh yang nyata.

Bau badan adalah masalah yang besar bagi sesetengah golongan khususnya kaum wanita/ Ini kerana kaum wanita menerima impak paling besar akibat bau badan yang kurang menyenangkan seperti orang menjauhkan diri dan sukar mendapat kerja. 

Sering kali bau badan ini bukanlah sesuatu yang disengajakan malah ianya disebabkan faktor semulajadi seperti perubahan hormon dan perpeluhan. Masalah bau badan yang kurang menyenangkan ini juga turut dialami oleh kaum wanita dan ada juga daripada golongan lelaki. 

Kesulitan yang dihadapi oleh golongan ini kadang-kadang boleh menyebabkan kurangnya keyakinan diri malah boleh menjurus kearah kemurungan. Menyedari hakikat ini, sabun serai wangi dirumus khas untuk mengatasi masalah bau badan ini dan pada masa yang sama mengembalikan keyakinan anda.

SABUN SERAI WANGI
RM10.90

Sabun serai wangi yang menggunakan serai wangi sering digunakan dalam pembuatan minyak wangi kerana mengandungi hidroksi sitronelal yang sering digunakan dalam menghasilkan minyak wangi yang berkualiti tinggi. 

Hidroksi sitrinelal yang sering digunakan dalam penghasilan minyak wangi membantu menghilangkan bau badan dan meningkatkan aura badan. Antara manfaat yang boleh didapati daripada sabun ini ialah:

  1. Ianya dapat menghilangkan bau badan yang tidak menyenangkan.
  2. Ia sangat menyegarkan badan membuatkan badan kita segar sepanjang hari.
  3. Ia dapat mengatasi masalah gatal gatal badan. Anda dapat keluar ke rumah anda dengan penuh keyakinan.
Dapatkan hasil yang lebih mujarab dengan menggunakannya setiap hari.

Tidak sesuai di gunakan di kulit muka

Bahan utama : Serai wangi

Pemakanan yang sihat.

Perkara pertama bagi saya paling penting untuk saya ketengahkan dalam menjaga kesihatan kita ialah air.

Air merupakan satu aset yang sangat penting dalam hidup kita. Namun kepentingannya seolah-olah diabaikan begitu sahaja.

Mungkin bagi kebanyakan kita, air seolah-olah tidak memainkan peranan yang begitu penting. Namun pada hakikatnya air, selain oksigen, merupakan bahan yang paling penting yang diperlukan oleh setiap manusia sepanjang hayatnya.

Malangnya air sering diabaikan dalam diet, terutamanya di kalangan kanak-kanak. Dalam kajian yang dilakukan di Hong Kong  baru-baru ini, hanya 50 peratus daripada mereka yang ditinjau minum air sebanyak lapan gelas sehari. Manakala, yang lain-lainnya hanya minum apabila berasa dahaga saja.
  
Sebenarnya, kita perlu memberikan perhatian terhadap kebaikan minum air dan menggalakkan kanak-kanak berbuat sedemikian. Amalan minum air yang cukup akan dapat menghindarkan berlakunya pendehidtratan dan mengekalkan amalan membuang air besar. Di samping itu, kesihatan kulit dan rambut akan terjaga.
 
 Kita memperoleh air daripada cecair seperti air paip, susu, jus buah-buahan, kordial, minuman ringan dan sup. Makanan seperti nasi, roti, mi, buah-buahan, dan sayur-sayuran turut mempunyai sedikit air walaupun tidak cukup untuk memenuhi keperluan cecair kita.

Air membentuk kira-kira 55-57 peratus daripada berat badan kita dan mempunyai peranan yang penting dalam hampir setiap fungsi utama badan. Air melaraskan suhu badan di samping membawa nutrien dan oksigen ke sel, serta menghapuskan sisa.

Air turut melindungi sendi serta mengawal organ dan tisu. Tanpa makanan, manusia dapat hidup selama lapan minggu, tetapi tanpa air manusia akan mati dalam masa tiga hari.
  
 Jumlah air yang hilang sebagai keringat adalah berbeza-beza antara seseorang dengan seseorang yang lain. Hal ini bergantung juga pada suasana sekitar, tahap kegiatan, dan saiz badan.

Dalam kegiatan biasa, kita mengeluarkan kira-kira 500-600 ml peluh sehari. Input air perlulah sekurang-kurangnya sama dengan output air.

Orang dewasa biasanya memerlukan air antara 8-12 gelas sehari. Jumlah air yang diperlukan oleh kanak-kanak pula bergantung pada umur, berat, dan kegiatan fizikal mereka. Oleh sebab saiz tubuh mereka adalah kecil, mereka akan mengalami pendehidratan yang cepat.

Selain itu, keperluan air meningkat sekiranya kita banyak menghabiskan masa di luar rumah dalam cuaca panas, kerap bersenam, atau berada dalam bilik yang berhawa dingin.
  
 Meminum minuman yang bersih dan selamat adalah penting kerana kebanyakan penyakit adalah bawaan air. Masa yang terbaik bagi kita untuk minum air ialah sebelum kita berasa dahaga.



Kepentingan menjaga pemakanan.

Pemakanan yang sihat merupakan satu perkara yang sangat penting dalam menjaga kesihatan dan kecantikan.

Kebanyakan punca penyakit berkaitan dengan kecantikan adalah berpunca daripada pemakanan yang tidak sihat.

Sebagai contoh, hampir setiap hari kita didedahkan dengan makanan yang segera seperti KFC dan McDonald.

Saya tidak bermaksud anda perlu mengelakkannya tetapi anda harus mengurangkannya kerana sering kali saya melihat ramai rakan saya menghadapi masalah kulit disebabkan pemakanan mereka.

Ada diantara mereka mengalami masalah yang sebelum ini tidak pernah timbul ketika mereka berada di sekolah dahulu.

Atas sebab inilah saya terasa terangsang untuk menulis tentang kepentingan menjaga pemakanan ini.

Pada post akan datang, kita akan membincangkan makanan apa yang dapat membantu kita menjaga kesihatan dan kecantikan kita.

Sunday, July 3, 2011

Aktiviti

9/4/2011 kami akan berada di UNIMZA di Terengganu. Jumpa anda di sana.

Punca resdung..

Terdapat beberapa faktor dan penyakit lain yang dipercayai boleh mengakibatkan seseorang menghidap resdung. Antaranya yang utama ialah :-
 
1) Jangkitan Kuman seperti bakteria dan virus yang berulang kali pada rongga hidung yang kerap menyebabkan seseorang mendapat demam dan selesema. Malah ketumbuhan dari dalam hidung seperti "polyps" dan kanser turut dikaitkan dengan penyakit resdung. 
 
2) Struktur hidung yang tidak normal, yang mungkin diakibatkan oleh tulang hidung retak atau patah ketika kemalangan boleh menyebabkan seseorang mendapat penyakit resdung. Bagi sesetengah orang yang mempunyai struktur tulang hidung yang " senget " tidak lurus (deviated nasal septum), risiko untuk mendapat resdung adalah tinggi. 
 
3) Selain daripada itu, kerosakan atau sakit gigi di bahagian gusi atas boleh menyebabkan resdung. Kerosakan atau sakit gigi di bahagian gusi atas boleh menyebabkan resdung. Kuman atau bakteria yang berasal dari kerosakan atau sakit gigi boleh merebak dengan mudah ke rongga sinus dan menyebabkan resdung. 
 
Hal demikian kerana kedudukan gigi gusi atas amat berdekatan dengan rongga sinus. Rongga sinus yang terdapat di dalam tulang pipi (dikenali sebagai maxillary sinus) merupakan rongga yang paling kerap mendapat sinutisis akibat kerosakan gigi. 
 
4) Di samping itu kajian menunjukkan tabiat menyelam dan menyelam di air sungai atau kolam yang kotor serta laut yang tercemar turut menyumbang dan mengakibatkan penyakit ini. 
 

Kecantikan dalaman.

1. Minum banyak air...minum..minum dan minum! Bukan air coke atau air berperisa seperti kopi dan teh tapi air suam atau air mineral! Dengan minum banyak air bersih dapat membantu membuang toksin dalam badan,menjaga  kesihatan kulit dan juga membantu membakar kalori dalam badan. Senang bukan?. 

2. Bersenam ! Baik utk kesihatan..elok utk rohani! Berjalan di sekitar rumah pun satu bentuk senaman yg mudah! Jgn malas utk bersenam...lepas bangkit tidur, cuba lakukan sedikit senaman regangan utk melancarkan kembali peredaran darah. 

3. Jangan merokok. Merokok merosakkan kulit dan juga menjejaskan kesihatan. Semua orang tahu tu..jadi kenapa nak merokok??Nak kuruskan badan?? Kurus sebab merokok hanya kerana badan kita dah berpenyakit, jadi kuruslah! Jika org memilih antara sihat dan berpenyakit..pasti org lebih nak sihat, kan?? 

4. Tidur yg cukup...Jgn asyik berjaga waktu malam...tak elok tu. Waktu malam kan dikhaskan utk tidur?Tak cukup tidur akan membuat anda kelihatan lebih tua dan mata lebam. 

5. Pada waktu tertentu, benarkan kulit anda berehat dari memakai sebarang mekap. Kulit juga perlu bernafas! Jgn biarkan sisa2 mekap melekat di muka ketika masuk tidur. Rajin-rajinlah cuci muka. Kat rumah..tak payahlah sapu itu ini...cukuplah dgn wajah yg  bersih 

6. Makan yg cukup tapi bukan berlebihan. Jgn sebab nak kurus, anda rela berlapar setiap hari.Cara yg baik, makan ketika lapar dan berhenti sebelum kenyang. Makanan memberikan tenaga dan vitamin yg diperlukan badan tetapi jeling-jelinglah makanan anda. Pastikan ia menu sihat dan bukan penuh lemak atau junk food dan fast food semata-mata. 

7. Luangkan masa utk memanjakan diri seperti membuat facial atau mencuci rambut di salun, sauna dan spa atau nikmati saja mandian buih di rumah! Tak semestinya di salun..anda juga boleh memanjakan diri dengan melakukan sendiri di rumah.Jika rajin..cari pelbagai jenis bunga yg wangi dan lakukan sendiri mandian bunga. Bunga dikatakan mempunyai energi tersendiri utk mencantikkan tubuh badan. 

8. Elakkan stress. Stress mempercepatkan proses penuaan. Nikmatilah muzik lembut di kamar bagi meredakan ketegangan. 

9. Don't worry, be happy. Anggap diri anda hebat dan cantik,  pasti anda akan kelihatan hebat!! Jika kita yakin dengan diri kita, tentu penampilan kita pun cantik! 

10.Ketawa penghibur duka! Jadi ketawalah apabila bergurau senda dgn famili atau kawan2.Jangan memoyokkan diri atau menarik muka masam. Anda hanya menambahkan kedutan di muka. 


source: http://members.tripod.com/resse_cosmetics/tips.html

Saturday, July 2, 2011

Simtom-simtom resdung

Simtom resdung

* Hidung tersumbat
* Lendir daripada hidung dan tekak
* Muka berasa sakit dan berat terutamanya pada bahagian antara mata
* Sakit tekak berpanjangan dan berulang-ulang
* Demam atau rasa tidak sedap badan yang berpanjangan akibat gejala di atas
* Gejala alahan hidung seperti bersin, gatal hidung dan sebagainya
* Keputihan bagi orang perempuan
* Garisan hitam pada hidung
* Hidung gatal berterusan
* Mata berair
* Kerap bersin