Monday, June 20, 2011

Sabun serai wangi

SABUN SERAI WANGI
RM10.90

Sabun serai wangi diperbuat daripada serai wangi. Serai wangi sering digunakan dalam pembuatan minyak wangi kerana mengandungi Hidroksi sitronelal yang sering digunakan dalam menghasilkan minyak wangi yang berkualiti tinggi. Antara manfaat yang boleh didapati daripada sabun ini ialah:
 
  1. Ianya dapat menghilangkan bau badan yang tidak menyenangkan.
  2. Ia sangat menyegarkan badan membuatkan badan kita segar sepanjang hari.
  3. Ia dapat mengatasi masalah gatal gatal badan. Anda dapat keluar ke rumah anda dengan penuh keyakinan.
Dapatkan hasil yang lebih mujarab dengan menggunakannya setiap hari.
 
Tidak sesuai di gunakan di kulit muka

Bahan utama : Serai wangi

Sunday, June 19, 2011

Serai wangi dan khasiatnya.


Tanaman serai wangi dipercayai berasal sama ada dari Selatan India atau Sri Lanka. Serai wangi juga tumbuh liar di kebanyakan negara di Asia Tropika, Amerika dan Afrika. 
                                
Di Malaysia, serai wangi biasanya ditanam di halaman rumah sebagai tanaman dapur dan kebelakangan ini terdapat beberapa pengusaha yang berminat untuk menanamnya bagi menghasilkan minyak pati. 

Serai wangi ialah sejenis tanaman rumput yang tinggi dan mempunyai rimbunan daun yang lebat. Ia boleh tumbuh sehingga 1.0–1.5 m. 

Daunnya bersifat tirus, panjang sehingga 70 – 80 cm dan 2 – 5 cm lebar. Ia berwarna hijau muda, kasar dengan urat yang selari dan mempunyai aroma yang lebih kuat jika dibandingkan dengan serai makan. 

Serai wangi jarang berbunga dan hanya berbunga bila sudah cukup matang iaitu pada peringkat umur melebihi 8 bulan.

Dari segi ubatan tradisional serai wangi digunakan untuk rawatan selepas bersalin dan pening kepala. Caranya adalah dengan menggunakan air rebusannya sebagai mandian atau dibasahkan kepala dan dilapkan pada seluruh badan. 

Ia juga banyak digunakan dalam menghasilkan minyak urut untuk mengatasi masalah kebas-kebas, lenguh-lenguh, gigitan serangga dan kembung perut. 

Bagaimanapun di kebanyakan negara serai wangi ditanam khas untuk pengeluaran minyak patinya. Serai wangi menghasilkan minyak pati yang dikenali sebagai `citronella oil’ di pasaran antarabangsa. 

Minyak sitronela mengandungi dua bahan kimia penting iaitu sitronelal dan geraniol. Sitronelal dan geraniol amnya digunakan untuk bahan dasar pembuatan ester-ester seperti hidroksi sitronelal, genaniol asetat dan mentol sintetik yang mempunyai sifat lebih stabil dan banyak digunakan dalam industri wangi-wangian. 

Hidroksi sitronelal penting untuk sabun dan minyak wangi yang berharga tinggi, manakala mentol untuk bahan dasar ubat batuk, ubat gigi dan pencuci mulut.





Teh untuk kesihatan.

Khasiat Teh, khususnya untuk kegunaan amalan kesihatan yang sihat sudah pun diketahui ramai, malahan beberapa kaji selidik dilakukan di seluruh dunia mengesahkan kebaikannya.

Teh hijau misalnya, dapat menyediakan lebih banyak antioksida berbanding mana-mana makanan atau minuman lain dalam pemakanan, disamping membantu mereka yang ingin mengurangkan berat badan. Jurnal Institut Kanser Negara pula menyiarkan hasil keputusan kajian epidemologikal menunjukkan, minum teh hijau mengurangkan risiko bahaya barah kepada lelaki dan wanita China hampir 60 peratus.

Begitu juga teh putih yang mempunyai beberapa kebaikan atau khasiat tertentu. Kajian Universiti Pace pada tahun 2004 menunjukkan, teh putih mempunyai kualiti antivirus dan antibakteria lebih daripada teh hijau. Selain itu, teh putih dikatakan membantu membuang toksin dalam sistem penghadaman dan membantu membaik pulih sel yang rosak. Pengambilan yang kerap pula dikatakan, mampu menyihatkan gigi dan gusi secara semula jadi.

Khasiat teh, ternyata tidak terbatas untuk kesihatan saja, sebaliknya turut memberi manfaat untuk rawatan dan penjagaan kecantikan. Kini, terdapat banyak produk pemuliharaan dan perlindungan kulit yang menggunakan rumusan teh iaitu daripada krin dan pencuci hinggalah deodoran.