Sunday, February 20, 2011

Sabun oat dan khasiatnya.


SABUN OAT
RM10.90
Sabun oat diperbuat daripada oat yang mempunyai kadar serat yang sangat tinggi dan sangat baik untuk kesihatan. Oat terkenal dengan khasiatnya yang sangat baik untuk jantung dan mempunyai kadungan fiber yang sangat tinggi yang sangat baik untuk penghadaman. Bagi kecantikan, ia biasanya digunakan untuk mengatasi masalah blackhead dan whitehead.
 
Antara masalah yang dapat diatasi oleh sabun oat ialah:
  1. Masalah kulit suram, ini bermakna anda dapat melihat wajah anda di cermin dengan penuh ceria dan berkeyakinan.
  2. Tidak berseri dan tidak bermaya, ini bermakna anda dapat keluar ke rumah dengan penuh semangat dan kelihatan sangat ceria dan bertenaga. 
  3. Mengatasi masalah whitehead/blackhead, ini bermakna wajah anda akan kelihatan berseri tanpa kehadiran blackhead dan whitehead.
  4. Sangat sesuai dengan kulit sensitif, ini bermakna anda tidak perlu risau tentang kulit sensitif dan dapat memakainya tanpa was-was.
Bahan Utama : Oat

Saturday, February 19, 2011

Scrub oat dan khasiatnya.




SABUN SCRUB OAT
RM10.90
  1. Dapat membantu masalah kulit suram
  2. Menambahkan seri wajah
  3. Membuatkan wajah kelihatan bermaya
  4. Mengatasi masalah whitehead dan blackhead.
  5. Membersihkan wajah daripada noda-noda hitam pada kulit, whitehead dan blackhead.
  6. Sangat sesuai untuk kulit sensitif. 
Bahan Utama : Oat

Kebaikan oat.

Sumber gambar:photoshoparama

Oat sering diiklankan dalam TV sebagai makanan yang dapat membantu merendahkan kolestrol. Cuba bayangkan, kalau kita makan oat, bila saja oat masuk kedalam badan seolah-olah kolestrol dalam badan disedut oleh oat tersebut.

Oat merupakan makanan yang mempunyai pelbagai kebaikan. terdapat bermacam-macam jenis oat: oat groats, steel oats, rolled oat, dan instant oat. Walau apa jenis oat sekalipun kandungan nutrient tetap sama, cuma yang berbeza hanyalah cara penyediaan dan rasa selepas dimasak. Walau bagaimanapun, oat berperisa yang banyak dijual di kedai adalah tidak termasuk dalam kategori berkhasiat tinggi kerana oat jenis ini mengandungi kandungan gula yang sangat tinggi. Adalah dinasihatkan agar memilih plain oat untuk dimakan.

Cara makan oat banyak diletakkan di laman web resepi di Internet. Oat boleh dimakan dengan buah-buahan segar, dicampur dengan susu untuk tambahan kalsium, atau dicampur dengan protein powder seperti Formula 3 untuk tambahan protein. Kita boleh memilih mana-mana resepi yang sesuai, sambil tetap mengambil kira bilangan kalori dan kurangkan perisa yang tidak diperlukan seperti gula atau sodium.

Antara kebaikan oat:-
  1. Merendahkan kolestrol dalam badan.
  2. Mengawal kandungan gula dalam badan dalam jangka masa panjang.
  3. Mengandungi bahan anti kanser- kepada wanita dapat mengelakkan breast cancer.
  4. Mengawal tekanan darah- membantu mengurangkan hypertension, dan merendahkan tekanan darah tinggi.
  5. Kandungan fiber dalam oat membantu sistem perkumuhan badan.
  6. Membantu dalam penurunan berat badan kerana oat memberikan rasa kenyang dalam jangka masa panjang, disebabkan kandungan fiber dalam oat. - Kanak-kanak yang makan oat kebiasaannya jarang mengalami overweight.
  7. Sumber karbohidrat yang memberikan tenaga kepada badan.
  8. Oat juga mengadungi senarai panjang nutrient lain seperti asid amino yang membantu fungsi badan, vitamin seperti thiamin, folic acid, biotin, pantothenic acid & vitamin E. Selain itu juga mengandungi zinc, selenium, copper, iron, manganese & magnesium.
Oleh itu, memasukkan oat sebagai salah satu hidangan kita setiap hari adalah langkah yang bijak untuk kesihatan badan dan jantung kita.

Sumber: http://meandherbalife.blogspot.com/2010/03/makanan-sihat-3-oat.html

Friday, February 18, 2011

Khasiat Madu

A) MENGEMBALIKAN KEKUATAN TUBUH

1. Memulih, menyegar dan menambah tenaga tubuh badan.
2. Memulihkan sel-sel urat besar.
3. Menjaga dan mengimbangi kekuatan badan.
4. Merangsang tenaga batin.



B) MEMBERSIH DAN MENAMBAH DARAH.

1. Memulihkan kembali bekuan darah dan membetulkan pengaliran darah.
2. Membersihkan lapisan darah dan darah menjadi bersih.
3. Mengimbangi kandungan lemak dan membuat janlung aktif.
4. Menghilangkan rasa kebas-kebas dan mengurangkan tekanan darah tinggi.



KELEBIHAN

1. BAYI/KANAK-KANAK:

a) Membantu pertumbuhan janin dan bayi dari segi fizikal dan mental.
b) Menyembuh dengan segera cirit-birit.
c) Mengelak daripada cacing perosak dalam perut.
d) Mengeluarkan lendir dalam badan bayi dan menguatkan minda kanak-kanak.




2. REMAJA:

Membantu menyempurnakan kesihatan berkekalan.

3. WANITA:

a) Menambah kejelitaan rupa paras yang asli dan tubuh badan yang menarik.
b) Mempunyai kulit yang halus, bersih dan berseri-seri.




4. LELAKI:


a) Tampan dengan kekuatan asli dan kelihatan lebih muda.
b) Menguatkan tenaga batin.



5. PENGIDAP KENCING MANIS (DIABETIS):

Menstabilkan kandungan gula dala darah. (Gantikan gula kepada madu lebah)

6. UNTUK SEMUA:

a) Mengelak dari kegemukan yang tidak terkawal.
b) Memudahkan proses penghadapan dan lawas buang air.
c) Memulihkan penyakit berpanjangan.
d) Menguatkan jantung, buah pinggang dan badan.
e) Menyembuhkan penyakit dalam perut.
f) Mempercepatkan luka atau kesan pembedahan sembuh.
g) Memulihkan batuk dan lelah.
h) Menghindarkan badan letih dan lesu.
i) Kurangkan kesakitan bila datang haid.
j) Baik untuk perempuan bersalin.
k) Membantu/menerangkan pemandangan.



CARA MENGGUNAKANNYA

1. Tukar atau kurangkan penggunaan gula kepada madu dalam penyediaan minuman harian.
2. Campurkan sedikit madu ke dalam air suam sebagai minuman.
3. Campurkan madu di dalam segala persediaan membuat kuih/masakan. Keharuman madu akan menawan selera anda.
4. Jika batuk atau lelah, minum satu atau dua sudu madu. Jangan dicampur dengan ais. (Berhati-hati jangan tersedak)
5. Untuk memulihkan tenaga, campurkan telur ayam kampung dengan sedikit madu. Dikacau kemudian diminum.
6. Campurkan sedikit madu ke dalam minuman kanak-kanak, kanak-kanak akan lena dengan nyenyak.
7. Minumlah sesudu besar madu bersama segelas air suam setiap pagi untuk kesegaran sepanjang hari.
8. Penyakit mata, Titiskan sedikit madu pada mata.
9. Sapu pada kesan gigitan atau sengatan serangga berbisa.



KEAJAIBAN MADU SANG LEBAH

Setiap kali penggunaan Madu Lebah, mulakan dengan Bismillah......
disambung dengan Solawat ke atas Nabi Junjungan 3 kali. Gunakan
dengan penuh yakln.

SAPULAH MADU JIKA ANDA

a) Kemalangan ke atas luka; memberhentikan darah dengan segera
dan luka terlindung dari kuman.
b) Kelecuran akibat api, air panas, ekzos motor, minyak panas dan
lain-lain.
c) Kudis, kurap dan lain-lain penyakit KULIT.
d) Sakit mata - Titiskan madu lebah dalam mata.



MENAMBAHKAN KELAZATAN MAKANAN

a) Makan bersama roti / biskut.
b) Bahan membuat kuih / kek.
c) Goreng atau panggang ayam.

KHASIAT DAN KEBAIKAN MADU

A) IBU MENGANDUNG

1. Menambahkan tenaga untuk ketahanan diri semasa mengandung
dan semasa menghadapi saat kelahiran cahaya mata.
2. Mencegah dari berbagai penyakit seperti kencing manis, darah tinggi,
kencing kotor, batuk selsema, lelah dan lain-lain.

B) ANAK DALAM KANDUNGAN

1. Mencegah dari pelbagai penyakit kerana kandungan antibiotik dalam
madu dapat membunuh kuman-kuman cahaya mata.
2. Kandungan zat galian dalam madu boleh membantu membina dan
menguatkan janin.
3. Kulit yang bersih dan sihat dengan terdapatnya vitamin C yang penuh
kuasa dalam madu asli.
4. Membantu secara khusus pertumbuhan fizikal dan mental janin.
5. Penyakit Hepatitis B yang biasa menyerang bayi dapat dihindar dengan amalan madu oleh para ibu yang mengandung.

C) BAGI BAYI YANG BARU LAHIR

1. Meneruskan pemberian madu asli pada bayi yang baru lahir dapat
mengeluarkan secara positif lendir yang mungkin terminum semasa
bayi itu dilahirkan yang merupakan punca lelah jika tidak habis dikeluarkan.
2. Membersihkan perut bayi dari najis gagak yang menyelaputi dinding
perut. Proses penghadaman dapat berjalan dengan sempurna menghindar dari sakit perut.
3. Bayi membesar dengan sempurna dan sihat.
4. Mengelak dari kembung perut bayi.




D) BAGI IBU SELEPAS MELAHIRKAN ANAK

1. Amalkan madu bersama jamu dan telur untuk membina darah serta
mempercepatkan proses penyembuhan luka dalam perul atau rahim.
2. Membantu proses penghadaman dan lawas buang air.

Khasiat Rempah Ratus Masakan Melayu.

Pernahkah anda terfikir,mengapa nenek moyang kita terdahulu,hidup lebih sihat,jarang dihinggapi penyakit,kuat daya tahan tubuh badannya,cergas dan tegap ototnya serta lebih panjang jangka hayatnya berbanding dengan kita yang hidup pada zaman serba maju serta lebih canggih kemudahan perubatannya?

Ya,memang benar gaya hidup dan corak pemakanan lah yang membezakan kualiti hidup antara generasi hari ini dengan mereka yang terdahulu.

Salah satu amalan yang menjadi rutin nenek moyang kita dahulu ialah mengamalkan pengambilan rempah ratus dalam sajian harian mereka.

Nah,jika anda ingin hidup lebih ceria,punya tubuh yang lebih sihat dan menawan,apakata…cetak catatan ini,tampalkan pada kabinet dapur,peti sejuk atau di mana sahaja tempat di dapur yang boleh mengingatkan anda agar sentiasa mempertimbangkan penggunaan rempah ratus ini dalam sajian harian anda,dan lihat kuasa ajaibnya sebagai penyembuh!


 KAYU MANIS


  • Khasiat : Ujian klinikal menunjukkan bahawa kayu manis adalah rempah yang aktif,menambah glukos dan mencegah lebihan kandungan gula dalam darah. Penyediaan : Jadikan serbuk kayu manis sebagai bahan campuran dalam hidangan pagi seperti kopi,teh,sup atau bijirin.Amalkan satu sudu sehari.
    Bonus: Dapat menghindarkan tubuh daripada kesejukan. Kayu manis dalam sajian boleh melancarkan peredaran darah dan membantu mengatasi masalah suhu badan yang rendah.

     
    JINTAN  
    Khasiat : Kajian di Jerman mendapati minyak daripada jintan mengandungi carminative ( gas pelega) untuk melegakan masalah kembung dan sakit perut. Penyediaan : Masukkan 1 sudu serbuk jintan ke dalam omelette,coleslaw atau kek buah-buahan.Untuk mengubati masalah pencernaan (dypepsia) campurkan jintan dengan minyak pepermin dalam ramuan.

  • Bonus: Meredakan batuk – berkesan meredakan batuk dan sakit kerongkong. Masukkan 2 sudu jintan ke dalam 2 cawan air dan biarkan selama 2 minit. Kemudian campurkan madu dan sedikit air panas sebelum diminum.

  •  LADA HITAM

  • Khasiat : Lada hitam dipercayai boleh melegakan masalah kerap membuang air kecil.Ia juga mengandungi thermogenic yang menggalakkan kadar metabolik. Penyediaan: Taburkan serbuk lada hitam dalam hidangan ,sama ada hidangan steak ataupun salad.
    Bonus : Mampu menyerap lebih nutrien – Piperine iaitu komponen aktif dalam lada hitam menggalakkan penyerapan nutrien ke dalam usus. Jadi,mengambil lada hitam bersama hidangan menjadikan anda lebih sihat!

     
    JINTAN PUTIH

  • Kelebihan :Menurut kajian Universiti Cornell,jintan putih yang bersifat antibakteria menghapuskan 80 % bakteria atau fungus dalam makanan serta mematikan kuman. Penyediaan :Kisar jintan putih dengan sedikit kapur makan dan jadikannya sebagai bahan penyedap salad atau roti dan sebagai salah satu ramuan dalam sajian hidangan Mexico dan India.
    Bonus :Mengelak strok-Kajian daripada pelajar University Of Southern Denmark mendapati jintan putih menyekat pembekuan darah sekali gus memberi peluang kepada pengamalnya dari risiko terkena strok.
     
    CENGKIH

  • Kelebihan :Kajian di Universiti Kansas berkaitan rempah mendapati cengkih berkuasa sebagai antibakteria dan membantu memusnahkan Escherichia Coli Infection (E.Coli) dalam daging. Penyediaan :Gaul satu sudu serbuk cengkih pada daging sebelum memasak sebagai cara untuk menjadikan hidangan anda sekeluarga menyihatkan.
    Bonus :Melindungi gigi dan gusi.Perisa dan minyak cengkih menyekat pertumbuhan bakteria.Untuk gusi yang sihat,masukkan 1 atau 2 sudu cengkih dalam1 cawan teh pekat dan minum.


     SERBUK LADA MERAH:

  • Kelebihan : Capsaicin iaitu bahan aktif dalam lada boleh meningkatkan kadar metabolik sebanyak 25%. Penyediaan : Untuk membakar lemak,campur 1 sudu teh serbuk lada merah dalam penyediaan makanan.Sebelum menyediakan menu yang berbentuk manisan,taburkan sedikit lada merah ini bersama campuran madu dan kayu manis.
    Bonus : Melegakan sakit otot – 81% kes sakit otot dapat diatasi apabila pesakit ini mula mengamalkan lada merah dalam pemakanan dalam tempoh dua bulan.

     HALIA

  • Kelebihan : Gingerols sebagai komponen aktif dalam halia menyekat cyclooxygenase iaitu enzim yang bertindak balas kepada penyakit radang. Penyediaan : Sedia satu cawan teh panas yang dicampurkan dengan 2 sudu serbuk halia. 2 sudu halia kering juga boleh dijadikan sebagai bahan campuran dalam pai,roti atau kek.
    Bonus : Halia membantu menyeimbangkan kandungan gula dalam darah,kata Susan M.Lark yang mengkaji kebaikan halia kepada tubuh.

     KUNYIT

  • Kelebihan : Cucumin yang didapati dalam kunyit berfungsi meningkatkan daya ingatan dan membantu masalah mental.Kajian ahli sains di Los Angeles mendapati diet yang kaya dengan bahan cucumin boleh mengurangkan pertumbuhan beta- amyloid yang menghalang komunikasi antara sel otak. Penyediaan : Tingkatkan daya ingatan anda dengan mencampurkan satu sudu kunyit dalam sayuran atau sebagai perisa makanan yang sesuai.Cuba dapatkan satu sudu sehari.
    Bonus : Kandungan cucumin yang bersifat antioksida dan antiradang juga bertindak balas melawan radikal bebas yang merosakkan kulit. Dengan mencampurkan 2 sudu serbuk kunyit,1 sudu jus limau dan sedikit air boleh menyembuhkan kesan luka.

    SOURCE: http://ujanasihat.com/gizi/rahsia-8-rempah-ratus-popular/

  • Thursday, February 17, 2011

    Sabun resdung dan khasiatnya.

    SABUN RESDUNG
    RM10.90
    Sabun resdung merupakan salah satu daripada produk keluaran KN Warisan Organic. Menggunakan sepenuhnya bahan-bahan organik dan herba terpilih, produk ini sangat selamat untuk digunakan dan terbukti keberkesanannya. Ia dapat:
    1. Menghilangkan jerawat resdung, ini bermakna wajah anda akan bersih daripada sebarang jerawat disebabkan resdung.
    2. Mengatasi masalah gatal-gatal muka, seluruh badan dan kulit kepala, ini bermakna anda tidak perlu lagi menggaru badan anda akibat gatal-gatal disebabkan resdung dan dapat menikmati apa sahaja yang anda ingin lakukan.
    3. Resdung anda akan berkurangan atau hilang, ini bermakna anda dapat makan apa sahaja yang anda mahu selama ini.
    4. Boleh dipakai dari hujung rambut ke hujung kaki, ini bermakna anda boleh menggunakannya sebagai sabun mandian.
    5. Untuk menambahkan kesan lagi, basuh pusat anda menggunakan sabun resdung selain menggunakannya pada wajah anda.
    Untuk kesan yang terbaik, kurangkan:

    1. pengambilan makanan laut  
    2. minuman berkarbonat 
    3. makanan dan minuman sejuk 
    4. pengambilan minuman berkafein

    Suasana di tapak jualan KN Warisan Organik.