Monday, February 14, 2011

Khasiat Lintah Dan Kenapa Ia Digunakan Dalam Bidang Kosmetik dan Kesihatan.

http://www.hirudomedicinalis.co.cc/wp-content/uploads/2010/12/anatomi-lintah.jpg
 
Daripada lebih 600 spesis lintah yang telah dikenal pasti, hanya 15 daripadanya digunakan untuk tujuan perubatan. Terapi alternatif dengan Lintah (atau nama saintifiknya Hirudo Medicinali (Medicinal Leeches) telah digunakan sejak abad ke 18.
 
Dalam zaman moden ini banyak perkara yang dianjurkan oleh para saintis dalam soal makanan mahupun perawatan tubuh, tidak terkecuali dalam bidang perubatan. Suatu masa dahulu, cara penggunaan terapi lintah purba adalah dengan menggunakan hirudin sebagai antikogulan(pencair darah) pada rawatan kardiovaskular (seperti serangan jantung dan strok). 
 
Terapi hirudo Medicinalis leechhirudo medicinalis leech tidak mendatangan kesan sampingan yang boleh memudaratkan tubuh pesakit. dan Herbal yang dilakukan sejak tahun 2000 untuk tujuan perubatan berbagai penyakit seperti Kalenjar Getah Bening, Tyroid, Kanser Payudara, Migrain, Jantung Koroner, Saraf tersepit, Diabetes kering mahupun basah. 
 
Bagi kebanyakan pesakit yang telah melalui terapi ini mendapati proses penyembuhannya dapat dirasakan hari demi hari dan sangat cepat. Hingga saat ini, terapi hirudo medicinalis leech tidak mendatangan kesan sampingan yang boleh memudaratkan tubuh pesakit.
 
Antara khasiat lintah ialah:
 
1) melembapkan kulit (Have humidifying properties)

2) melembutkan kulit (Soften the skin)

3) meningkatkan keanjalan kulit (Increase elasticity of skin)

4) mengurangkan kedutan (Reduce wrinkles)

5) mengurangkan sensitiviti kulit (Reduce sensitivity of skin to external factors (protective properties) )

6) menjadi bekalan bahan semula jadi kulit (Supply skin and saturate, if necessary)

7) mengelakkan rekahan kulit (Eliminate effect of retraction of skin)

8) mengelakkan tompokan putih di kulit (to eliminate blemishes and whiteheads/blackheads on the skin)

9) membersihkan kulit (To clear the skin)

10) mengurangkan pigmentasi (Hinder pigmentation of the skin)

11) Sebagai anti penuaan (Decelerate aging of skin or anti-aging

12) Meningkatkan kadar pertukaran bahan biologi kulit (Stimulate exchange of substances in skin)

13) Meningkatkan kualiti salur darah kulit (Improve microcirculation of blood in capillary system of skin)
 
 
 

Kebaikan dan Khasiat Air Mawar.


bunga-mawar

Air mawar terkenal dalam membantu merangsang sistem saraf tunjang. Air mawar juga banyak digunapakai  dalam rawatan alternatif dan komplimentari sebagai bahan pembersih energi negatif serta membantu menstabilkan keseimbangan emosi. Energi positif air mawar dapat membantu pengguna untuk lebih dinamik, lebih yakin, lebih bertenaga serta lebih sihat secara spiritual, fizikal dan mental.

Ini kerana Air mawar mampu mengeluarkan tenaga negatif yang bersarang dalam tubuh. Tenaga negatif ini boleh memberi kesan buruk  kepada daya ketahanan dan ketidakseimbangan emosi seperti masalah kegusaran, tekanan emosi dan cepat  marah.

Air Mawar apabila ditambah untuk satu tab air panas, ia memberi satu kesan yang menenangkan dan  telah digunakan untuk merawat tekanan dan penyakitpenyakit berkaitan tekanan seperti ulser-ulser peptik, ketegangan saraf dan penyakit jantung.
Selain itu, Air Mawar juga digunakan dalam teh terapeutik untuk   merawat kesakitan perut (stomach distresses) dan jangkitanjangkitan pada ginjal. Ia juga dihirup sebagai satu   minuman panas untuk meredakan tekanan. Ini kerana Air mawar mempunyai antiseptik tertentu dan ciri-ciri  anti bakteria . Ini juga merupakan mengapa ia berguna mengembalikan masalah-masalah kulit tertentu.

Air  mawar adalah amat berfaedah untuk kulit dan adalah digunakan dalam pelbagai jenis krim dan topeng-topeng muka. Ia membantu dalam penulenan dan pembersihan kulit normal. Juga ternyata air mawar apabila disapu  pada kulit berminyak dapat mengimbangkan kandungankandungan minyak dan nodanoda pada kulit.  Kulit sensitif dapat disejukkan dan ditenangkan apabila disapu dengan air mawar. Ia juga membantu dalam penyembuhan luka. Ia digunakan sebagai alternatif untuk melegakan pembakaran dan kulit terengsa  selepas bercukur.

Sifat-sifat air mawar adalah sangat diakui kebaikannya oleh pakar rambut. Ia membentuk  bahan utama pelbagai produk-produk penjagaan rambut. Air mawar memberi kesan baik pada kulit kepala dan rambut. Ia membantu mengurangkan radang, meningkatkan aliran darah dalam kulit kepala dan membantu dalam pertumbuhan rambut.

Ia juga merupakan minyak yang kurang sekali kandungan toksid (racun). Kita  boleh menbuat minuman yang lazat dengan menitikkan setitik minyak ros kedalam segelen air. Kacau dan  goncang air itu.Jika kita mengambil pula setitik air daripada campuran (air yang telah dititikan dengan minyak  tersebut) ke dalam segelen air lain, akibatnya air itu memuaskan jika diminum. Satu titik masih berkuasa  mewangikan air meskipun dilarutkan sampai sejuta kali.

Source: http://site.jus-mawar.com/main/3092/index.asp?pageid=74497

Friday, February 11, 2011

Petua Menyegarkan Kulit Muka.

Muka yang lesu dan tidak bermaya tentu menghilangkan seri wajah seseorang. Berikut adalah beberapa petua untuk menyegarkan kulit muka;

  1. Perah sebiji epal hijau dan sapukan jusnya ke muka. Biarkan selama 10 minit kemudian cuci muka dengan bersih.
  2. Perah limau nipis lebih kurang empat sudu dan campurkan dengan satu sudu kecil madu. Sapukan pada muka dan biarkan selama satu jam. Bersihkan muka dengan air suam. Boleh juga dijadikan sebagai masker dan untuk mengecilkan pori-pori. Amalkan dua kali seminggu.
  3. Bersihkan muka dan biarkan selama lima minit. Sementara itu, jerang air sehingga mendidih, kemudian tuangkan ke dalam sebuah bekas.
    Tundukkan muka anda ke arah bekas itu supaya wap yang panas sampai ke muka. Sambil itu tutup kepala dengan tuala supaya wap itu tidak dapat keluar. Amalkan setiap pagi dan malam, beberapa kali seminggu sebelum dapat melihat kesannya.

Jerawat: Punca dan Petua

Jerawat adalah masalah anak muda tetapi ia juga melibatkan orang dewasa. Jerawat terjadi bila kelenjar minyak mengeluarkan terlalu banyak minyak dan sebum di kulit terutamanya di muka , dada dan belakang iaitu kawasan yang mempunyai banyak bulu roma.

Liang minyak yang tersumbat akan menjadi bintik putih jika ia terjadi di bawah kulit atau bintik hitam jika di lapisan luar kulit. Kulit akan menjadi kemerahan jika radang terbentuk di sekeliling liang tersebut.

Lebih besar kawasan radang lebih mudah terbentuk nanah dan akan meninggalakan parut jerawat jika tiada perawatan dan ubat yang sesuai. Menghilangkan parut jerawat lebih sukar bila perawatan diabaikan.
Wajah muka yang penuh dengan parut jerawat sudah tentu menghilangkan seri dan keyakinan diri.

Punca jerawat.
  • Faktor hormon terutama untuk perempuan dalam lingkungan umur subur adalah punca utama masalah jerawat. Majoritinya adalah dalam belasan tahun dan awal 20 'an.
  • Faktor seperti ahli keluarga yang banyak jerawat juga memainkan peranan.
  • Penggunaan pil perancang, ubat steroid, vitamin B12.
  • Kosmetik, pakaian yang ketat atau apa saja yang menutup liang minyak memberi masalah jerawat di kulit.
  • Sesetengah dari jerawat timbul dari ketegangan dan stress emosi yang dihadapi setiap hari. Ini mungkin dari penghasilan minyak dan sebum dikulit yang bertambah.
  • Terdedah kepada asap dan bahan kimia atau faktor alam sekitar seperti cuaca panas.
Kebanyakan jerawat akan hilang sendiri jika kulit sentiasa bersih dan sihat. Tetapi sesetengahnya boleh menjadi teruk dan kronik.

Petua dan cara menghilangkan jerawat dan mengurangkan masalah darinya.
  • Bahan paling mudah untuk mengeringkan jerawat adalah krim yang mengandungi Benzoyl peroxida. Dalam kepekatan 5 atau 10 peratus ia mengering dan memudahkan sumbatan liang minyak tanggal. Kesannya boleh dilihat dalam tempoh empat hinga enam bulan.
  • Basuh kulit setiap hari tapi jangan terlalu kasar atau kerap.
  • Gunakan pencuci kulit muka yang lembut dan air. Pencuci yang mengandungi granule boleh juga digunakan.
  • Cuba elakkan sauna muka kerana ia mungkin menjadikan jerawat bertambah teruk.
  • Jaga pemakanan anda. Elakkan makanan yang mungkin membuat jerawat lebih teruk. Setiap orang mempunyai alahan kepada jenis makanan yang berlainan dari orang lain.
  • Dapatkan rehat yang cukup kerana jerawat mungkin timbul dari perasaan tertekan, ber masalah dan badan yang letih.
  • Memakai pakaian bersenam atau harian yang longgar. Memakai pakaian ketat, tudung atau headband ketat dari kain yang tidak meresap peluh menambahkan pengeluaran minyak dan risiko jerawat dari kulit berminyak.
  • Pilih fesyen rambut yang tidak terlalu menutup wajah dan jaga rambut supaya tidak berminyak yang biasanya datang dari kulit kepala yang kuat berpeluh. Penggunaan bahan penjagaan rambut berminyak harus dielak. Ikat rambut ketika tidur supaya tidak menutup muka.
  • Guna mekap muka berasaskan air. Beli mekap yang "noncomedogenic" atau "nonacnegenic".
  • Basuh mekap sebelum tidur. Jangan terlalu banyak menggunakan pelembab kulit muka terutamanya waktu malam.
  • Elak cahaya ultra ungu matahari atau lampu. Pendedahan yang melampau atau lama merosakkan kulit dan lapisan kulit akan menjadi tua premature dan menutup liang sebum.
  • Jangan picit jerawat kerana ia akan menambahkan radang pada kulit dan kulit akan menjadi berlubang dan berparut. 

    Punca dan Komplikasi Resdung.

    Punca resdung:

    * Susunan tulang dalaman hidung yang sempit
    * Hidung bengkok
    * Mandi dan terjun di dalam air yang kotor
    * Jangkitan gigi atas
    * Ketumbuhan di dalam hidung
    * Objek dimasukkan ke dalam hidung, contohnya putik kapas, maik dan kertas
    * Tisu belakang hidung yang bengkak terutamanya kanak-kanak.


    Komplikasi resdung:

    * Jangkitan nanah di sekeliling kawasan mata
    * Jangkitan otak (meningitis)
    * Sakit tekak yang kronik
    * Jangkitan tulang muka
    * Memburukkan keadaan lelah
    * Berdengkur yang kronik
    * Jangkitan telinga dan tonsil, terutamanya kanak-kanak
    * Alahan hidung atau hidung sensitif
    * Selesema biasa yang melarat.

    Gejala Resdung

    Gejala resdung:

    * Hidung tersumbat
    * Lendir daripada hidung dan tekak
    * Muka berasa sakit dan berat terutamanya pada bahagian antara mata
    * Sakit tekak berpanjangan dan berulang-ulang
    * Demam atau rasa tidak sedap badan yang berpanjangan akibat gejala di atas
    * Gejala alahan hidung seperti bersin, gatal hidung dan sebagainya.

    Sunday, January 30, 2011

    KN Organic Produk Warisan Kita.






    KN Organic adalah produk tempatan resipi turun-temurun untuk kecantikan kulit dan masalah-masalah kesihatan yang lain. Ianya menggunakan 100% bahan organik tanpa campuran bahan kimia dan selamat untuk digunakan.

    Semua produk KN Organic dicipta khas untuk menyelesaikan masalah-masalah yang dihadapi oleh pelanggan seperti jerawat, parut, resdung dan lain-lain lagi. Ini bertujuan memastikan masalah yang dihadapi oleh setiap pelanggan dapat diselesaikan dengan segera.

    Sokonglah produk tempatan dari Malaysia.