Sunday, June 19, 2011

Sabun jerawat dan khasiatnya.



SABUN JERAWAT/ TREE TEA OIL
RM10.90

Sabun jerawat ini adalah sabun yang diperbuat daripada ekstrak teh yang berkualiti tinggi. Teh diketahui sejak zaman dahulu sebagai minuman yang sangat berkhasiat dan baik untuk kesihatan. 

Teh juga terkenal dengan keupayaannya memberikan kesegaran pada badan manusia dan membuang toksin-toksin berbahaya kepada badan manusia. Ini sekaligus menjadikan teh sebagai satu bahan yang sangat sesuai untuk kulit manusia. 

Ini kerana ianya mampu memberikan kesegaran pada wajah dan membuang toksin yang terdapat pada kulit kita. 

Dengan cara ini, jerawat dapat diubati dan menjadikan wajah kita kelihatan lebih segar.

Diantara kelebihan yang terdapat di dalam sabun ini ialah ianya.. 
  1. Dapat menghilangkan jerawat yang terdapat pada wajah dan badan anda.
  2. Membuang kotoran-kotoran degil yang boleh menyebabkan jerawat pada wajah anda.
  3. Membersihkan wajah anda daripada sebarang toksin.
Boleh juga digunakan pada badan anda.


Bahan utama: Ekstrak teh

Sabun strawberi dan kebaikannya.


 
SABUN STRAWBERRY
RM10.90

Sabun strawberi adalah sabun yang diperbuat daripada ekstrak buah srawberi yang sememangnya sangat lazat dan sering digunakan di dalam salad dan juga bidang kecantikan. 

Menyedari tentang banyaknya khasiat yang terdapat dalam strawberi ini telah melahirkan sabun strawberi ini. 

Sabun strawberi ini sangat sesuai untuk kulit remaja yang sangat sensitif kerana kaya dengan vitamin C sehingga 136% RDA vitamin C dan menggunakan sepenuhnya bahan organik dan tidak mengandungi sebarang pengawet.

Antara manfaat yang boleh didapati di dalam sabun strawberi ini kesan daripada khasiat yang terdapat dalam buah strawberi ini ialah ianya dapat...
  1. Menghilangkan kesan kulit terbakar (sunburn) yang disebabkan cuaca yang panas terik.
  2. Menjadikan kulit lebih cerah. Ini menyebabkan kulit kita kelihatan lebih bersih.
  3. Menyegarkan kulit yang kusam. Kulit kita akan kelihatan lebih segar dan menyebabkan wajah kita kelihatan bertenaga.
  4. Menjadikan kulit kita menjadi lebih halus.

Ianya boleh digunakan setiap hari sebagai sabun mandi.

Bahan utama: Strawberi