Wednesday, February 23, 2011

Gebukan wajah anda dengan sabun pulut putih.


SCRUB PULUT PUTIH
RM10.90


 Sangat sesuai untuk:-
1) Merawat dan menggebukan kulit, ini bermakna anda dapat memiliki wajah yang gebu dan comel.
2) Menghilangkan jeragat, ini bermakna anda mempunyai wajah yang bersih dan licin daripada sebarang kotoran.
3) Menanggalkan daki dan sel sel kulit mati di wajah dan badan, ini bermakna anda akan mempunyai wajah yang sangat bersih dan kelihatan muda menyebabkan ramai wanita mencemburui anda.
4) Merawat tapak kaki merekah, ini bermakna tiada lagi rasa malu pada tapak kaki anda.
5) Daripada bahan organik, ini bermakna produk ini bebas daripada sebarang bahan kimia yang berbahaya.
6) Khusus untuk umur tertentu, ini bermakna anda tidak perlu risau tentang sensitiviti kulit anda kerana sabun ini dicipta khas sesuai dengan umur anda.


Gunakan 3-4 kali seminggu di bahagian bermasalah. Sangat sesuah digunakan di seluruh badan dan wajah.
Untuk kegunaan kulit remaja hingga yang berumur 29 tahun

Bahan utama : Pulut putih dan air mawar

Sunday, February 20, 2011

Sabun oat dan khasiatnya.


SABUN OAT
RM10.90
Sabun oat diperbuat daripada oat yang mempunyai kadar serat yang sangat tinggi dan sangat baik untuk kesihatan. Oat terkenal dengan khasiatnya yang sangat baik untuk jantung dan mempunyai kadungan fiber yang sangat tinggi yang sangat baik untuk penghadaman. Bagi kecantikan, ia biasanya digunakan untuk mengatasi masalah blackhead dan whitehead.
 
Antara masalah yang dapat diatasi oleh sabun oat ialah:
  1. Masalah kulit suram, ini bermakna anda dapat melihat wajah anda di cermin dengan penuh ceria dan berkeyakinan.
  2. Tidak berseri dan tidak bermaya, ini bermakna anda dapat keluar ke rumah dengan penuh semangat dan kelihatan sangat ceria dan bertenaga. 
  3. Mengatasi masalah whitehead/blackhead, ini bermakna wajah anda akan kelihatan berseri tanpa kehadiran blackhead dan whitehead.
  4. Sangat sesuai dengan kulit sensitif, ini bermakna anda tidak perlu risau tentang kulit sensitif dan dapat memakainya tanpa was-was.
Bahan Utama : Oat

Saturday, February 19, 2011

Scrub oat dan khasiatnya.




SABUN SCRUB OAT
RM10.90
  1. Dapat membantu masalah kulit suram
  2. Menambahkan seri wajah
  3. Membuatkan wajah kelihatan bermaya
  4. Mengatasi masalah whitehead dan blackhead.
  5. Membersihkan wajah daripada noda-noda hitam pada kulit, whitehead dan blackhead.
  6. Sangat sesuai untuk kulit sensitif. 
Bahan Utama : Oat

Kebaikan oat.

Sumber gambar:photoshoparama

Oat sering diiklankan dalam TV sebagai makanan yang dapat membantu merendahkan kolestrol. Cuba bayangkan, kalau kita makan oat, bila saja oat masuk kedalam badan seolah-olah kolestrol dalam badan disedut oleh oat tersebut.

Oat merupakan makanan yang mempunyai pelbagai kebaikan. terdapat bermacam-macam jenis oat: oat groats, steel oats, rolled oat, dan instant oat. Walau apa jenis oat sekalipun kandungan nutrient tetap sama, cuma yang berbeza hanyalah cara penyediaan dan rasa selepas dimasak. Walau bagaimanapun, oat berperisa yang banyak dijual di kedai adalah tidak termasuk dalam kategori berkhasiat tinggi kerana oat jenis ini mengandungi kandungan gula yang sangat tinggi. Adalah dinasihatkan agar memilih plain oat untuk dimakan.

Cara makan oat banyak diletakkan di laman web resepi di Internet. Oat boleh dimakan dengan buah-buahan segar, dicampur dengan susu untuk tambahan kalsium, atau dicampur dengan protein powder seperti Formula 3 untuk tambahan protein. Kita boleh memilih mana-mana resepi yang sesuai, sambil tetap mengambil kira bilangan kalori dan kurangkan perisa yang tidak diperlukan seperti gula atau sodium.

Antara kebaikan oat:-
  1. Merendahkan kolestrol dalam badan.
  2. Mengawal kandungan gula dalam badan dalam jangka masa panjang.
  3. Mengandungi bahan anti kanser- kepada wanita dapat mengelakkan breast cancer.
  4. Mengawal tekanan darah- membantu mengurangkan hypertension, dan merendahkan tekanan darah tinggi.
  5. Kandungan fiber dalam oat membantu sistem perkumuhan badan.
  6. Membantu dalam penurunan berat badan kerana oat memberikan rasa kenyang dalam jangka masa panjang, disebabkan kandungan fiber dalam oat. - Kanak-kanak yang makan oat kebiasaannya jarang mengalami overweight.
  7. Sumber karbohidrat yang memberikan tenaga kepada badan.
  8. Oat juga mengadungi senarai panjang nutrient lain seperti asid amino yang membantu fungsi badan, vitamin seperti thiamin, folic acid, biotin, pantothenic acid & vitamin E. Selain itu juga mengandungi zinc, selenium, copper, iron, manganese & magnesium.
Oleh itu, memasukkan oat sebagai salah satu hidangan kita setiap hari adalah langkah yang bijak untuk kesihatan badan dan jantung kita.

Sumber: http://meandherbalife.blogspot.com/2010/03/makanan-sihat-3-oat.html

Friday, February 18, 2011

Khasiat Madu

A) MENGEMBALIKAN KEKUATAN TUBUH

1. Memulih, menyegar dan menambah tenaga tubuh badan.
2. Memulihkan sel-sel urat besar.
3. Menjaga dan mengimbangi kekuatan badan.
4. Merangsang tenaga batin.



B) MEMBERSIH DAN MENAMBAH DARAH.

1. Memulihkan kembali bekuan darah dan membetulkan pengaliran darah.
2. Membersihkan lapisan darah dan darah menjadi bersih.
3. Mengimbangi kandungan lemak dan membuat janlung aktif.
4. Menghilangkan rasa kebas-kebas dan mengurangkan tekanan darah tinggi.



KELEBIHAN

1. BAYI/KANAK-KANAK:

a) Membantu pertumbuhan janin dan bayi dari segi fizikal dan mental.
b) Menyembuh dengan segera cirit-birit.
c) Mengelak daripada cacing perosak dalam perut.
d) Mengeluarkan lendir dalam badan bayi dan menguatkan minda kanak-kanak.




2. REMAJA:

Membantu menyempurnakan kesihatan berkekalan.

3. WANITA:

a) Menambah kejelitaan rupa paras yang asli dan tubuh badan yang menarik.
b) Mempunyai kulit yang halus, bersih dan berseri-seri.




4. LELAKI:


a) Tampan dengan kekuatan asli dan kelihatan lebih muda.
b) Menguatkan tenaga batin.



5. PENGIDAP KENCING MANIS (DIABETIS):

Menstabilkan kandungan gula dala darah. (Gantikan gula kepada madu lebah)

6. UNTUK SEMUA:

a) Mengelak dari kegemukan yang tidak terkawal.
b) Memudahkan proses penghadapan dan lawas buang air.
c) Memulihkan penyakit berpanjangan.
d) Menguatkan jantung, buah pinggang dan badan.
e) Menyembuhkan penyakit dalam perut.
f) Mempercepatkan luka atau kesan pembedahan sembuh.
g) Memulihkan batuk dan lelah.
h) Menghindarkan badan letih dan lesu.
i) Kurangkan kesakitan bila datang haid.
j) Baik untuk perempuan bersalin.
k) Membantu/menerangkan pemandangan.



CARA MENGGUNAKANNYA

1. Tukar atau kurangkan penggunaan gula kepada madu dalam penyediaan minuman harian.
2. Campurkan sedikit madu ke dalam air suam sebagai minuman.
3. Campurkan madu di dalam segala persediaan membuat kuih/masakan. Keharuman madu akan menawan selera anda.
4. Jika batuk atau lelah, minum satu atau dua sudu madu. Jangan dicampur dengan ais. (Berhati-hati jangan tersedak)
5. Untuk memulihkan tenaga, campurkan telur ayam kampung dengan sedikit madu. Dikacau kemudian diminum.
6. Campurkan sedikit madu ke dalam minuman kanak-kanak, kanak-kanak akan lena dengan nyenyak.
7. Minumlah sesudu besar madu bersama segelas air suam setiap pagi untuk kesegaran sepanjang hari.
8. Penyakit mata, Titiskan sedikit madu pada mata.
9. Sapu pada kesan gigitan atau sengatan serangga berbisa.



KEAJAIBAN MADU SANG LEBAH

Setiap kali penggunaan Madu Lebah, mulakan dengan Bismillah......
disambung dengan Solawat ke atas Nabi Junjungan 3 kali. Gunakan
dengan penuh yakln.

SAPULAH MADU JIKA ANDA

a) Kemalangan ke atas luka; memberhentikan darah dengan segera
dan luka terlindung dari kuman.
b) Kelecuran akibat api, air panas, ekzos motor, minyak panas dan
lain-lain.
c) Kudis, kurap dan lain-lain penyakit KULIT.
d) Sakit mata - Titiskan madu lebah dalam mata.



MENAMBAHKAN KELAZATAN MAKANAN

a) Makan bersama roti / biskut.
b) Bahan membuat kuih / kek.
c) Goreng atau panggang ayam.

KHASIAT DAN KEBAIKAN MADU

A) IBU MENGANDUNG

1. Menambahkan tenaga untuk ketahanan diri semasa mengandung
dan semasa menghadapi saat kelahiran cahaya mata.
2. Mencegah dari berbagai penyakit seperti kencing manis, darah tinggi,
kencing kotor, batuk selsema, lelah dan lain-lain.

B) ANAK DALAM KANDUNGAN

1. Mencegah dari pelbagai penyakit kerana kandungan antibiotik dalam
madu dapat membunuh kuman-kuman cahaya mata.
2. Kandungan zat galian dalam madu boleh membantu membina dan
menguatkan janin.
3. Kulit yang bersih dan sihat dengan terdapatnya vitamin C yang penuh
kuasa dalam madu asli.
4. Membantu secara khusus pertumbuhan fizikal dan mental janin.
5. Penyakit Hepatitis B yang biasa menyerang bayi dapat dihindar dengan amalan madu oleh para ibu yang mengandung.

C) BAGI BAYI YANG BARU LAHIR

1. Meneruskan pemberian madu asli pada bayi yang baru lahir dapat
mengeluarkan secara positif lendir yang mungkin terminum semasa
bayi itu dilahirkan yang merupakan punca lelah jika tidak habis dikeluarkan.
2. Membersihkan perut bayi dari najis gagak yang menyelaputi dinding
perut. Proses penghadaman dapat berjalan dengan sempurna menghindar dari sakit perut.
3. Bayi membesar dengan sempurna dan sihat.
4. Mengelak dari kembung perut bayi.




D) BAGI IBU SELEPAS MELAHIRKAN ANAK

1. Amalkan madu bersama jamu dan telur untuk membina darah serta
mempercepatkan proses penyembuhan luka dalam perul atau rahim.
2. Membantu proses penghadaman dan lawas buang air.

Khasiat Rempah Ratus Masakan Melayu.

Pernahkah anda terfikir,mengapa nenek moyang kita terdahulu,hidup lebih sihat,jarang dihinggapi penyakit,kuat daya tahan tubuh badannya,cergas dan tegap ototnya serta lebih panjang jangka hayatnya berbanding dengan kita yang hidup pada zaman serba maju serta lebih canggih kemudahan perubatannya?

Ya,memang benar gaya hidup dan corak pemakanan lah yang membezakan kualiti hidup antara generasi hari ini dengan mereka yang terdahulu.

Salah satu amalan yang menjadi rutin nenek moyang kita dahulu ialah mengamalkan pengambilan rempah ratus dalam sajian harian mereka.

Nah,jika anda ingin hidup lebih ceria,punya tubuh yang lebih sihat dan menawan,apakata…cetak catatan ini,tampalkan pada kabinet dapur,peti sejuk atau di mana sahaja tempat di dapur yang boleh mengingatkan anda agar sentiasa mempertimbangkan penggunaan rempah ratus ini dalam sajian harian anda,dan lihat kuasa ajaibnya sebagai penyembuh!


 KAYU MANIS


  • Khasiat : Ujian klinikal menunjukkan bahawa kayu manis adalah rempah yang aktif,menambah glukos dan mencegah lebihan kandungan gula dalam darah. Penyediaan : Jadikan serbuk kayu manis sebagai bahan campuran dalam hidangan pagi seperti kopi,teh,sup atau bijirin.Amalkan satu sudu sehari.
    Bonus: Dapat menghindarkan tubuh daripada kesejukan. Kayu manis dalam sajian boleh melancarkan peredaran darah dan membantu mengatasi masalah suhu badan yang rendah.

     
    JINTAN  
    Khasiat : Kajian di Jerman mendapati minyak daripada jintan mengandungi carminative ( gas pelega) untuk melegakan masalah kembung dan sakit perut. Penyediaan : Masukkan 1 sudu serbuk jintan ke dalam omelette,coleslaw atau kek buah-buahan.Untuk mengubati masalah pencernaan (dypepsia) campurkan jintan dengan minyak pepermin dalam ramuan.

  • Bonus: Meredakan batuk – berkesan meredakan batuk dan sakit kerongkong. Masukkan 2 sudu jintan ke dalam 2 cawan air dan biarkan selama 2 minit. Kemudian campurkan madu dan sedikit air panas sebelum diminum.

  •  LADA HITAM

  • Khasiat : Lada hitam dipercayai boleh melegakan masalah kerap membuang air kecil.Ia juga mengandungi thermogenic yang menggalakkan kadar metabolik. Penyediaan: Taburkan serbuk lada hitam dalam hidangan ,sama ada hidangan steak ataupun salad.
    Bonus : Mampu menyerap lebih nutrien – Piperine iaitu komponen aktif dalam lada hitam menggalakkan penyerapan nutrien ke dalam usus. Jadi,mengambil lada hitam bersama hidangan menjadikan anda lebih sihat!

     
    JINTAN PUTIH

  • Kelebihan :Menurut kajian Universiti Cornell,jintan putih yang bersifat antibakteria menghapuskan 80 % bakteria atau fungus dalam makanan serta mematikan kuman. Penyediaan :Kisar jintan putih dengan sedikit kapur makan dan jadikannya sebagai bahan penyedap salad atau roti dan sebagai salah satu ramuan dalam sajian hidangan Mexico dan India.
    Bonus :Mengelak strok-Kajian daripada pelajar University Of Southern Denmark mendapati jintan putih menyekat pembekuan darah sekali gus memberi peluang kepada pengamalnya dari risiko terkena strok.
     
    CENGKIH

  • Kelebihan :Kajian di Universiti Kansas berkaitan rempah mendapati cengkih berkuasa sebagai antibakteria dan membantu memusnahkan Escherichia Coli Infection (E.Coli) dalam daging. Penyediaan :Gaul satu sudu serbuk cengkih pada daging sebelum memasak sebagai cara untuk menjadikan hidangan anda sekeluarga menyihatkan.
    Bonus :Melindungi gigi dan gusi.Perisa dan minyak cengkih menyekat pertumbuhan bakteria.Untuk gusi yang sihat,masukkan 1 atau 2 sudu cengkih dalam1 cawan teh pekat dan minum.


     SERBUK LADA MERAH:

  • Kelebihan : Capsaicin iaitu bahan aktif dalam lada boleh meningkatkan kadar metabolik sebanyak 25%. Penyediaan : Untuk membakar lemak,campur 1 sudu teh serbuk lada merah dalam penyediaan makanan.Sebelum menyediakan menu yang berbentuk manisan,taburkan sedikit lada merah ini bersama campuran madu dan kayu manis.
    Bonus : Melegakan sakit otot – 81% kes sakit otot dapat diatasi apabila pesakit ini mula mengamalkan lada merah dalam pemakanan dalam tempoh dua bulan.

     HALIA

  • Kelebihan : Gingerols sebagai komponen aktif dalam halia menyekat cyclooxygenase iaitu enzim yang bertindak balas kepada penyakit radang. Penyediaan : Sedia satu cawan teh panas yang dicampurkan dengan 2 sudu serbuk halia. 2 sudu halia kering juga boleh dijadikan sebagai bahan campuran dalam pai,roti atau kek.
    Bonus : Halia membantu menyeimbangkan kandungan gula dalam darah,kata Susan M.Lark yang mengkaji kebaikan halia kepada tubuh.

     KUNYIT

  • Kelebihan : Cucumin yang didapati dalam kunyit berfungsi meningkatkan daya ingatan dan membantu masalah mental.Kajian ahli sains di Los Angeles mendapati diet yang kaya dengan bahan cucumin boleh mengurangkan pertumbuhan beta- amyloid yang menghalang komunikasi antara sel otak. Penyediaan : Tingkatkan daya ingatan anda dengan mencampurkan satu sudu kunyit dalam sayuran atau sebagai perisa makanan yang sesuai.Cuba dapatkan satu sudu sehari.
    Bonus : Kandungan cucumin yang bersifat antioksida dan antiradang juga bertindak balas melawan radikal bebas yang merosakkan kulit. Dengan mencampurkan 2 sudu serbuk kunyit,1 sudu jus limau dan sedikit air boleh menyembuhkan kesan luka.

    SOURCE: http://ujanasihat.com/gizi/rahsia-8-rempah-ratus-popular/

  • Thursday, February 17, 2011

    Sabun resdung dan khasiatnya.

    SABUN RESDUNG
    RM10.90
    Sabun resdung merupakan salah satu daripada produk keluaran KN Warisan Organic. Menggunakan sepenuhnya bahan-bahan organik dan herba terpilih, produk ini sangat selamat untuk digunakan dan terbukti keberkesanannya. Ia dapat:
    1. Menghilangkan jerawat resdung, ini bermakna wajah anda akan bersih daripada sebarang jerawat disebabkan resdung.
    2. Mengatasi masalah gatal-gatal muka, seluruh badan dan kulit kepala, ini bermakna anda tidak perlu lagi menggaru badan anda akibat gatal-gatal disebabkan resdung dan dapat menikmati apa sahaja yang anda ingin lakukan.
    3. Resdung anda akan berkurangan atau hilang, ini bermakna anda dapat makan apa sahaja yang anda mahu selama ini.
    4. Boleh dipakai dari hujung rambut ke hujung kaki, ini bermakna anda boleh menggunakannya sebagai sabun mandian.
    5. Untuk menambahkan kesan lagi, basuh pusat anda menggunakan sabun resdung selain menggunakannya pada wajah anda.
    Untuk kesan yang terbaik, kurangkan:

    1. pengambilan makanan laut  
    2. minuman berkarbonat 
    3. makanan dan minuman sejuk 
    4. pengambilan minuman berkafein

    Suasana di tapak jualan KN Warisan Organik.








    Orientasi bersama pelajar KPTM.

    Orientasi bersama pelajar KPTM yang ingin mengetahui bagaimana cara untuk membuat sabun-sabun herba dan organik yang berkualiti tinggi dan pada masa yang sama memasarkannya dengan berkesan.







    Petua hilangkan parut.

    Ini ada satu petua untuk menghilangkan parut. Sebenarnya petua untuk menghilangkan parut ni mungkin telah ramai yang tahu dan pernah buat.

    Petua ini menggunakan daun lidah buaya untuk membantu memudarkan parut (tak kira parut jerawat ke atau parut di badan)

    Caranya adalah dengan mengambil daun lidah buaya, buang duri di kiri dan kanan daun. Kemudian buang sedikit kulit daun tersebut untuk mendapatkan lendirnya.

    Sapu lendir daun lidah buaya tersebut pada parut di muka atau badan. InsyaAllah parut akan cepat sembuh terutama sekali parut yang masih baru. Ingat, jangan tunggu lama-lama, jangan biar luka/parut dah jadi kehitaman baru nak cari daun lidah buaya ni yer...

    Anda juga boleh menggunakan sabun lintah keluaran KN Warisan Organic di mana produk ini bukan sahaja dapat menghilangkan parut malah menegangkan kulit wajah anda.


     
    SABUN LINTAH

    RM18.90
    Antara kebaikan yang terdapat dalam sabun lintah ini ialah:
    1. Sebagai anti penuaan dan mengurangkan garis garis kedutan di wajah, ini bermakna anda akan kelihatan lebih cantik dan menarik, anda akan mendapat kenaikan pangkat atau penghargaan yang selama ini anda mahukan, anda akan membuatkan mereka jatuh cinta kepada anda sekali lagi dan mereka tidak akan dapat meneka berapa usia anda sebenarnya.
    2. Mengubati gatal-gatal kulit, ini bermakna anda tidak perlu lagi menggaru badan anda dan anda dapat melakukan apa sahaja yang anda suka dengan penuh keceriaan.
    3.  Membentuk dan menegangkan payudara dan bahagian punggung, ini bermakna anda dapat berasa bangga dengan mempunyai bentuk payudara yang cantik dan mengeratkan lagi hubungan antara suami dan isteri.
    4. Menghilangkan parut anda, ini bermakna anda akan mempunyai wajah yang bersih daripada sebarang kecacatan dan parut pada wajah anda.
    Bukan itu sahaja, sabun lintah ini turut mengandungi madu yang sangat berkhasiat dan sangat baik untuk kulit anda.


    Wednesday, February 16, 2011

    Sabun kacip fatimah dan khasiatnya.

    SABUN KACIP FATIMAH
    RM10.90

    Sabun kacip fatimah adalah sabun cucian bahagian intim wanita yang diformulasikan dari 5 herba yang terkenal khasiatnya sejak dari dahulu lagi iaitu kacip fatimah, perapat, halba, manjakani dan bunga pakma.
     
    Menggunakan sabun ini sebagai rutin harian anda dapat mengatasi masalah:
    1. Keputihan, ini bermakna anda tidak perlu risau lagi tentang keputihan pada faraj anda.
    2. Jangkitan kuman di bahagian sulit,  ini bermakna bahagian sulit anda akan sentiasa dilindungi daripada sebarang jangkitan kuman.
    3. Merawat luka-luka selepas bersalin, ini bermakna semua luka anda selepas bersalin akan sembuh dengan lebih cepat dan anda dapat melakukan semua aktiviti yang anda suka tanpa perlu berasa risau.
    4. Kembali merapatkan bahagian intim wanita, ini bermakna anda  dapat merasai pengalaman malam pertama setiap masa..Anda dan suami pasti amat berpuas hati dengan kesannya.

    Kebaikan kacip fatimah dan khasiatnya.

    Kacip Fatimah atau nama saintifiknya Labisia Pumilia dan Pathoina ialah herba yang biasa didapati di hutan belantara Nusantara. Namanya yang dikaitkan dengan wanita bangsawan sememangnya memberi maksud nama yang terselindung, iaitu kesihatan dan semangat wanita.



    Herba kacip fatimah boleh diamalkan perempuan bujang dan yang sudah berkahwin kerana khasiatnya dapat membekalkan tenaga kepada tubuh manusia.

    Tiada kemudaratan malah pada yang masih perawan, jika diamalkan sejak awal lagi ia adalah salah satu usaha pada pemuliharaan dalaman tubuh badan baik dan cukup menyihatkan.

    Kacip Fatimah mengandungi elemen antioksidan dan phytoestrogen yang mana kedua-dua elemen ini mampu memberi manfaat bukan sahaja kepada wanita tetapi juga lelaki.

    Antara kebaikan kacip fatimah ini ialah :
    1. Mencegah pembiakkan sel prakanser
    2. Memantapkan tisu yang memerlukan hormon estrogen
    3. Mengukuhkan struktur tulang melalui penyerapan jisim tulang
    4. Melewatkan proses penuaan.
    5. Masalah keputihan
    6. Masalah angin kerana ianya anti-flatulence iaitu membantu membuang angin berlebihan di dalam badan.
    7. Melancarkan proses kelahiran bayi.
    8. Mengembalikan kecergasan selepas bersalin.
    9. Membantu dalam pengecutan rahim
    10. Melangsingkan badan dengan membantu dalam menegangkan otot-otot.
    11. Merangsangkan pengeluaran hormon yang dapat melancarakan perjalanan darah dan kitaran haid wanita sekaligus mengurangkan sakit senggugut ketika haid.
    12. Mengurangkan simptom sakit buasir, penyakit sendi dengan membaikpulihkan peredaran darah sekaligus mengurangkan kesakitan di sendi dan otot.
    13. Menyeimbangkan hormon dalam badan dan mengatasi masalah depresi selepas bersalin serta menambahkan tenaga dan kecergasan badan.
    14. Mengembalikan rambut yang sudah rosak.
    source: http://www.facebook.com/note.php?note_id=116019245093881

    Tuesday, February 15, 2011

    Jadikan wajah anda cantik dan gebu dengan sabun lintah.


     
    SABUN LINTAH
    RM18.90

    Sabun lintah adalah sabun yang diperbuat daripada lintah dan madu. Seperti yang kita ketahui, lintah digunakan pada zaman dahulu sebagai antikogulan(pencair darah) pada rawatan kardiovaskular (seperti serangan jantung dan strok) manakala madu pula diakui sebagai penawar bagi 1001 penyakit. 

    Kelebihan ini membolehkan sabun ini dicipta untuk membolehkan pengguna menikmati semua kebaikan yang terdapat dalam lintah dan juga madu terutamanya dalam aspek kecantikan. Tambahan pula bahan yang digunakan untuk membuat sabun ini sepenuhnya organik dan selamat untuk digunakan. Berikut adalah testimoni pelanggan yang menggunakan sabun lintah.

    " Saya menggunakan sabun lintah untuk cucian di muka kerana mengalami masalah tanda hitam kesan jerawat, bintik-bintik halus, kulit kering dan bersisik. Alhamdulillah, selepas 5 hari penggunaan, kulit menjadi semakin segar dan lembap serta bintik-bintik halus juga hilang. Kesan boleh dilihat dengan cepat dan saya sangat berpuashati dengan produk ini.Lagipun ia murah dan selamat".-Mazwin, Desa Petaling-
    Antara kelebihan sabun lintah ini ialah:
    1. Menghilangkan jerawat dan jeragat, ini bermakna anda dapat keluar rumah tanpa perlu berasa malu lagi dengan orang ramai dan dapat keluar ke rumah dan ke tempat kerja dengan penuh ceria.
    2. Sebagai anti penuaan dan mengurangkan garis garis kedutan di wajah, ini bermakna anda akan kelihatan lebih cantik dan menarik, anda akan mendapat kenaikan pangkat atau penghargaan yang selama ini anda mahukan, anda akan membuatkan mereka jatuh cinta kepada anda sekali lagi dan mereka tidak akan dapat meneka berapa usia anda sebenarnya.
    3. Mengubati gatal-gatal kulit, ini bermakna anda tidak perlu lagi menggaru badan anda dan anda dapat melakukan apa sahaja yang anda suka dengan penuh keceriaan.
    4.  Membentuk dan menegangkan payudara dan bahagian punggung, ini bermakna anda dapat berasa bangga dengan mempunyai bentuk payudara yang cantik dan mengeratkan lagi hubungan antara suami dan isteri.
    5. Menghilangkan parut anda, ini bermakna anda akan mempunyai wajah yang bersih daripada sebarang kecacatan dan parut pada wajah anda.
    Boleh juga digunakan sebagai sabun mandian.

    Untuk tempahan, sila hubungi:

    Abdul Ghaffar (Kuala Lumpur/UIAM) : 012-252 6984



    Apakah itu sabun halia dan kelebihannya.


    Sabun halia adalah satu sabun yang diperbuat daripada halia dan menthol. Ia dicipta khas untuk mengatasi masalah lenguh-lenguh badan, stress dan membuang angin badan. 

    Gaya hidup kita yang semakin maju dan moden ini telah menyebabkan diri kita semakin tertekan dan stress untuk menghadapi hidup kita sehari-hari.Dalam jangka masa panjang, stress boleh memberi kesan yang teruk kepada diri kita. 


    Beberapa tindakan perlu diambil untuk mengatasi masalah ini, sekiranya tidak, ia akan memberi kesan kepada diri kita. Antara kesan yang akan kita alami adalah seperti burn-out’ atau hilang semangat. 

    Disebabkan terlalu tertekan dengan peristiwa demi peristiwa, seseorang itu mengambil keputusan untuk berputus asa kerana tidak sanggup lagi untuk berhadapan degan situasi dan keadaan yang penuh tekanan itu lagi. 

    Hal ini boleh menjejaskan pekerjaan, keluarga dan diri mereka sendiri. Selain itu, tekanan juga boleh menjejaskan aktiviti sosial seseorang itu kerana terlalu tertekan.


    Menyedari hakikat ini, sabun halia dicipta untuk membantu mengurangkan stress dan menghilangkan lenguh-lenguh badan si pengguna. Seperti yang kita tahu, halia boleh mengubati penyakit sendi, cirit-birit, kekurangan tenaga, pening kepala dan demam panas. 

    Selain itu, halia membantu menghadam makanan, mengawal hati daripada kesejukan dan menghilangkan bau busuk mulut. Maka dengan mengambil sabun halia, kita bukan sahaja dapat menghilangkan stress setelah penat bekerja malah dapat menghilangkan stress badan kita sekaligus membuatkan kita berasa ceria sepanjang hari.
     

    Monday, February 14, 2011

    Kegunaan dan Khasiat Halia




    oleh Ramli Abdul Karim


    Halia dikatakan ditanam di China sejak berkurun-kurun lamanya. Malah, tanaman itu dikatakan berkemungkinan berasal dari negara tersebut.

    Masyarakat di China dipercayai telah menggunakan halia dalam amalan perubatan sejak 2,500 tahun lalu. Mereka bergantung kepada khasiat halia untuk mengatasi pelbagai penyakit seperti masalah kesejukan anggota badan terutama di bahagian tangan dan kaki. Gejala itu berpunca daripada gangguan atau masalah pengaliran darah.


    Perubatan Moden

    Khasiat halia dalam merawat pelbagai penyakit bukan saja diketahui menerusi kaedah tradisional malah dibuktikan oleh pakar-pakar perubatan moden.

    Menurut satu laporan, kandungan aktif dalam halia yang dikenali sebagai gingeroles memberi kesan apabila ia meresap ke dalam badan.

    Halia atau nama saintifiknya Zingiber officinale dari keluarga zingiberaceae kaya dengan kandungan kalium (125 miligram), fosforus (63mg) dan kalsium tenaga (52 kilokalori) selain protein, karbohidrat, gentian, vitamin C dan niasin.


    Perisa Masakan

    Di kalangan masyarakat Malaysia, halia bukan saja berkhasiat malah menjadi perisa atau sebahagian daripada ramuan masakan.

    Selain berbau harum, campuran halia dalam masakan menjadi pembuka selera makan. Selalunya halia ditumbuk atau dimayang halus, ditumis bersama perencah lain untuk masakan sup, kari, sambal, rendang dan tomyam.

    Buang Angin

    Dalam perubatan alternatif, halia yang ditumbuk atau air rebusannya digunakan sebagai ubat minum atau sapu.

    Seperti yang diketahui umum, air rebusan halia yang dicampur lada hitam boleh menghilangkan angin di perut. Air rebusan ini sesuai untuk wanita yang baru bersalin dan mereka yang mengalami masalah angin seluruh badan.


    Banyak Kegunaan

    Bagi mereka yang terseliuh anggota badan, halia tua yang ditumbuk halus dan dipupuk di tempat tersebut boleh mengelakkan angin memasuki bahagian berkenaan.

    Halia juga boleh mengubati penyakit sendi, cirit-birit, kekurangan tenaga, pening kepala dan demam panas. Selain itu, halia membantu menghadam makanan, mengawal hati daripada kesejukan dan menghilangkan bau busuk mulut.

    Pengambilan halia juga mencegah rasa pening dan mual atau motion sickness semasa menaiki kenderaan serta membuang kahak dan lendir yang melekat di halkum.

    Halia juga membantu menguatkan tenaga batin iaitu menambahkan air mani.
     
    Source: http://www.sihatselalu.com.my/2010/08/kegunaan-dan-khasiat-halia.html