Tuesday, February 15, 2011
Apakah itu sabun halia dan kelebihannya.
Sabun halia adalah satu sabun yang diperbuat daripada halia dan menthol. Ia dicipta khas untuk mengatasi masalah lenguh-lenguh badan, stress dan membuang angin badan.
Gaya hidup kita yang semakin maju dan moden ini telah menyebabkan diri kita semakin tertekan dan stress untuk menghadapi hidup kita sehari-hari.Dalam jangka masa panjang, stress boleh memberi kesan yang teruk kepada diri kita.
Beberapa tindakan perlu diambil untuk mengatasi masalah ini, sekiranya tidak, ia akan memberi kesan kepada diri kita. Antara kesan yang akan kita alami adalah seperti ’burn-out’ atau hilang semangat.
Disebabkan terlalu tertekan dengan peristiwa demi peristiwa, seseorang itu mengambil keputusan untuk berputus asa kerana tidak sanggup lagi untuk berhadapan degan situasi dan keadaan yang penuh tekanan itu lagi.
Hal ini boleh menjejaskan pekerjaan, keluarga dan diri mereka sendiri. Selain itu, tekanan juga boleh menjejaskan aktiviti sosial seseorang itu kerana terlalu tertekan.
Menyedari hakikat ini, sabun halia dicipta untuk membantu mengurangkan stress dan menghilangkan lenguh-lenguh badan si pengguna. Seperti yang kita tahu, halia boleh mengubati penyakit sendi, cirit-birit, kekurangan tenaga, pening kepala dan demam panas.
Selain itu, halia membantu menghadam makanan, mengawal hati daripada kesejukan dan menghilangkan bau busuk mulut. Maka dengan mengambil sabun halia, kita bukan sahaja dapat menghilangkan stress setelah penat bekerja malah dapat menghilangkan stress badan kita sekaligus membuatkan kita berasa ceria sepanjang hari.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment