"Berdasarkan definasi yang dikeluarkan oleh USDA Concumer Brochure, produk organik bermaksud adalah produk makanan seperti sayur-sayuran, buah-buahan, biji-bijian atau produk pertanian organik yang dihasilkan dengan mengutamakan penggunaan sumber-sumber boleh diperbaharui, tidak mendatangkan kemusnahan kepada alam sekitar dan faktor yang paling utama adalah tiadanya penggunaan bahan racun makhluk perosak dan jika digunakan ianya adalah di dalam kuantiti yang minimum".
Info dari: United States Department of Agriculture Consumer Brochure (USDA)
Kelebihan Produk Organik Terhadap Pengguna
Berdasarkan kajian yang dijalankan selama 4 tahun oleh Quality Low Input Food Center, antara kelebihan produk organik berbanding produk keluaran konvensional ialah:
- Buah-buahan dan sayur-sayuran yang ditanam secara organik mengandungi kadar antioksida 40% lebih tinggi berbanding produk bukan keluaran organik.
- Susu yang dikeluarkan secara organik memiliki kandungan antioksida antara 60% hingga 80% lebih tinggi jika dibandingkan dengan susu keluaran konvensional.
- Selain itu, susu keluaran organik juga mengandungi kadar vitamin E yang lebih tinggi berbanding susu biasa.
- Kajian di negara barat juga menunjukkan bahawa kandungan kadar antioksida yang tinggi bagi produk makanan organik mampu untuk menurunkan risiko penyakit jantung terhadap pengguna.
- Produk makanan yang ditanam secara organik juga mempunyai rasa yang berbeza berbanding produk yang ditanam secara konvensional. Kebanyakan produk keluaran organik mempunyai rasa yang lebih manis dan asli serta mempunyai lebih vitamin.