Monday, March 28, 2011

Aku ingin membantu orang lain.

Aku ingin membantu orang lain. Tapi aku sedar untuk membantu orang lain aku perlu membantu diri aku sendiri. Dalam hal ini, aku dapati bahawa perkara yang paling baik aku lakukan adalah dengan terus-menerus membaiki diri sendiri.

Pada masa yang sama, aku dapati bahawa pekerjaan yang membolehkan aku membantu ramai orang adalah melalui perniagaan. Dengan perniagaan aku boleh menawarkan khidmat dan produk aku kepada orang ramai dan membantu mereka menyelesaikan masalah mereka.

Tapi aku sedar perniagaan merupakan satu cabang yang sangat menarik untuk diterokai. Kerana itu aku amat kagum kepada sesiapa sahaja yang berniaga. Ini kerana mereka terpaksa menghadapi caci maki orang dan juga menghadapi diri mereka sendiri. Mereka terpaksa berlawan dengan dilemma mereka dan meneruskan apa yang mereka mahu. Tahniah untuk mereka.

No comments:

Post a Comment