Tuesday, March 15, 2011

Kenapa kita perlu menjaga kebersihan wajah ?

Kebersihan adalah amat penting dalam menjaga kecantikan kulit kita. Malangnya kebersihan kulit adalah yang paling banyak orang abaikan dalam keadaan seharian mereka. Kadang-kadang kita pun tidak sedar yang kita telah mengabaikan kebersihan kulit kita terutamanya pada wajah.

Tahukah anda bahawa wajah kita memerlukan cara penjagaan yang berbeza dengan keadaan kulit kita yang lain. Ini kerana wajah merupakan bahagian yang sangat sensitif dan antara yang paling awal menunjukkan kesan buruk akibat tindakan kita tidak menjaga kebersihan.

Kerana itu amat penting bagi diri kita menjaga kebersihan.wajah kita. Pada post akan datang, saya akan masukkan tip-tip yang boleh anda amalkan untuk menjaga kebersihan kulit anda.

No comments:

Post a Comment