Friday, March 25, 2011

Meningkatkan seri wajah.

Dalam meningkatkan seri wajah, ada 3 cara asas yang paling penting. Pertama ialah kebersihan wajah. Kebersihan wajah amat penting kerana wajah kita adalah yang paling terdedah dengan cahaya matahari dan pelbagai bahan kima yang tidak dapat kita lihat dengan mata kasar. Cara yang paling efektif ialah membersih wajah kita dengan sabun pembersih muka atau mana-mana pencuci muka seperti scrub pulut putih dan sebagainya.

Kedua ialah makanan. Makanan menggambarkan siapa diri kita dan bagaimana kita menguruskan diri kita. Makanan juga memberikan zat dan nutrisi yang amat penting dalam melahirkan kulit yang cantik dan licin untuk satu jangka masa yang panjang.

Kerana itu anda dapat melihat sesiapa yang menjaga kesihatan mereka kelihatan lebih cantik dan menawan. Ada yang kelihatan sehingga 20 tahun lebih muda.

Ini amat penting kerana tidak kira produk kecantikan apa yang anda pakai jika anda tidak menjaga pemakanan anda semuanya akan menjadi sia-sia kerana kesihatan anda akan terjejas dan wajah anda akan kelihatan lebih teruk disebabkan toksin-toksin yang terdapat dalam darah anda. Produk kecantikan dapat mngeluarkan toksin daripada wajah anda tetapi ianya berbentuk sementara sahaja.

Ketiga adalah hati yang bersih, Kajian menunjukkan bahawa apabila anda melakukan kebaikan pada orang lain, aliran darah anda akan mengalir dengan lancar sekaligus menyebabkan toksin-toksin daripada badan anda akan keluar secara semulajadi. Jamtung anda juga akan mengepam lebih banyak darah dan menyebabkan anda akan mendapat ebih banyak oksigen.

Penghadaman anda juga akan menjadi lebih baik sekaligus menyebabkan wajah anda akan kelihatan berseri-seri. Kerana itu anda dapat melihat di sekeliling anda sesiapa sahaja yang suka melakukan kebaikan kelihatan lebih ceria dan lebih sihat.

No comments:

Post a Comment