Sunday, July 3, 2011

Punca resdung..

Terdapat beberapa faktor dan penyakit lain yang dipercayai boleh mengakibatkan seseorang menghidap resdung. Antaranya yang utama ialah :-
 
1) Jangkitan Kuman seperti bakteria dan virus yang berulang kali pada rongga hidung yang kerap menyebabkan seseorang mendapat demam dan selesema. Malah ketumbuhan dari dalam hidung seperti "polyps" dan kanser turut dikaitkan dengan penyakit resdung. 
 
2) Struktur hidung yang tidak normal, yang mungkin diakibatkan oleh tulang hidung retak atau patah ketika kemalangan boleh menyebabkan seseorang mendapat penyakit resdung. Bagi sesetengah orang yang mempunyai struktur tulang hidung yang " senget " tidak lurus (deviated nasal septum), risiko untuk mendapat resdung adalah tinggi. 
 
3) Selain daripada itu, kerosakan atau sakit gigi di bahagian gusi atas boleh menyebabkan resdung. Kerosakan atau sakit gigi di bahagian gusi atas boleh menyebabkan resdung. Kuman atau bakteria yang berasal dari kerosakan atau sakit gigi boleh merebak dengan mudah ke rongga sinus dan menyebabkan resdung. 
 
Hal demikian kerana kedudukan gigi gusi atas amat berdekatan dengan rongga sinus. Rongga sinus yang terdapat di dalam tulang pipi (dikenali sebagai maxillary sinus) merupakan rongga yang paling kerap mendapat sinutisis akibat kerosakan gigi. 
 
4) Di samping itu kajian menunjukkan tabiat menyelam dan menyelam di air sungai atau kolam yang kotor serta laut yang tercemar turut menyumbang dan mengakibatkan penyakit ini. 
 

No comments:

Post a Comment