Friday, February 18, 2011

Khasiat Rempah Ratus Masakan Melayu.

Pernahkah anda terfikir,mengapa nenek moyang kita terdahulu,hidup lebih sihat,jarang dihinggapi penyakit,kuat daya tahan tubuh badannya,cergas dan tegap ototnya serta lebih panjang jangka hayatnya berbanding dengan kita yang hidup pada zaman serba maju serta lebih canggih kemudahan perubatannya?

Ya,memang benar gaya hidup dan corak pemakanan lah yang membezakan kualiti hidup antara generasi hari ini dengan mereka yang terdahulu.

Salah satu amalan yang menjadi rutin nenek moyang kita dahulu ialah mengamalkan pengambilan rempah ratus dalam sajian harian mereka.

Nah,jika anda ingin hidup lebih ceria,punya tubuh yang lebih sihat dan menawan,apakata…cetak catatan ini,tampalkan pada kabinet dapur,peti sejuk atau di mana sahaja tempat di dapur yang boleh mengingatkan anda agar sentiasa mempertimbangkan penggunaan rempah ratus ini dalam sajian harian anda,dan lihat kuasa ajaibnya sebagai penyembuh!


 KAYU MANIS


  • Khasiat : Ujian klinikal menunjukkan bahawa kayu manis adalah rempah yang aktif,menambah glukos dan mencegah lebihan kandungan gula dalam darah. Penyediaan : Jadikan serbuk kayu manis sebagai bahan campuran dalam hidangan pagi seperti kopi,teh,sup atau bijirin.Amalkan satu sudu sehari.
    Bonus: Dapat menghindarkan tubuh daripada kesejukan. Kayu manis dalam sajian boleh melancarkan peredaran darah dan membantu mengatasi masalah suhu badan yang rendah.

     
    JINTAN  
    Khasiat : Kajian di Jerman mendapati minyak daripada jintan mengandungi carminative ( gas pelega) untuk melegakan masalah kembung dan sakit perut. Penyediaan : Masukkan 1 sudu serbuk jintan ke dalam omelette,coleslaw atau kek buah-buahan.Untuk mengubati masalah pencernaan (dypepsia) campurkan jintan dengan minyak pepermin dalam ramuan.

  • Bonus: Meredakan batuk – berkesan meredakan batuk dan sakit kerongkong. Masukkan 2 sudu jintan ke dalam 2 cawan air dan biarkan selama 2 minit. Kemudian campurkan madu dan sedikit air panas sebelum diminum.

  •  LADA HITAM

  • Khasiat : Lada hitam dipercayai boleh melegakan masalah kerap membuang air kecil.Ia juga mengandungi thermogenic yang menggalakkan kadar metabolik. Penyediaan: Taburkan serbuk lada hitam dalam hidangan ,sama ada hidangan steak ataupun salad.
    Bonus : Mampu menyerap lebih nutrien – Piperine iaitu komponen aktif dalam lada hitam menggalakkan penyerapan nutrien ke dalam usus. Jadi,mengambil lada hitam bersama hidangan menjadikan anda lebih sihat!

     
    JINTAN PUTIH

  • Kelebihan :Menurut kajian Universiti Cornell,jintan putih yang bersifat antibakteria menghapuskan 80 % bakteria atau fungus dalam makanan serta mematikan kuman. Penyediaan :Kisar jintan putih dengan sedikit kapur makan dan jadikannya sebagai bahan penyedap salad atau roti dan sebagai salah satu ramuan dalam sajian hidangan Mexico dan India.
    Bonus :Mengelak strok-Kajian daripada pelajar University Of Southern Denmark mendapati jintan putih menyekat pembekuan darah sekali gus memberi peluang kepada pengamalnya dari risiko terkena strok.
     
    CENGKIH

  • Kelebihan :Kajian di Universiti Kansas berkaitan rempah mendapati cengkih berkuasa sebagai antibakteria dan membantu memusnahkan Escherichia Coli Infection (E.Coli) dalam daging. Penyediaan :Gaul satu sudu serbuk cengkih pada daging sebelum memasak sebagai cara untuk menjadikan hidangan anda sekeluarga menyihatkan.
    Bonus :Melindungi gigi dan gusi.Perisa dan minyak cengkih menyekat pertumbuhan bakteria.Untuk gusi yang sihat,masukkan 1 atau 2 sudu cengkih dalam1 cawan teh pekat dan minum.


     SERBUK LADA MERAH:

  • Kelebihan : Capsaicin iaitu bahan aktif dalam lada boleh meningkatkan kadar metabolik sebanyak 25%. Penyediaan : Untuk membakar lemak,campur 1 sudu teh serbuk lada merah dalam penyediaan makanan.Sebelum menyediakan menu yang berbentuk manisan,taburkan sedikit lada merah ini bersama campuran madu dan kayu manis.
    Bonus : Melegakan sakit otot – 81% kes sakit otot dapat diatasi apabila pesakit ini mula mengamalkan lada merah dalam pemakanan dalam tempoh dua bulan.

     HALIA

  • Kelebihan : Gingerols sebagai komponen aktif dalam halia menyekat cyclooxygenase iaitu enzim yang bertindak balas kepada penyakit radang. Penyediaan : Sedia satu cawan teh panas yang dicampurkan dengan 2 sudu serbuk halia. 2 sudu halia kering juga boleh dijadikan sebagai bahan campuran dalam pai,roti atau kek.
    Bonus : Halia membantu menyeimbangkan kandungan gula dalam darah,kata Susan M.Lark yang mengkaji kebaikan halia kepada tubuh.

     KUNYIT

  • Kelebihan : Cucumin yang didapati dalam kunyit berfungsi meningkatkan daya ingatan dan membantu masalah mental.Kajian ahli sains di Los Angeles mendapati diet yang kaya dengan bahan cucumin boleh mengurangkan pertumbuhan beta- amyloid yang menghalang komunikasi antara sel otak. Penyediaan : Tingkatkan daya ingatan anda dengan mencampurkan satu sudu kunyit dalam sayuran atau sebagai perisa makanan yang sesuai.Cuba dapatkan satu sudu sehari.
    Bonus : Kandungan cucumin yang bersifat antioksida dan antiradang juga bertindak balas melawan radikal bebas yang merosakkan kulit. Dengan mencampurkan 2 sudu serbuk kunyit,1 sudu jus limau dan sedikit air boleh menyembuhkan kesan luka.

    SOURCE: http://ujanasihat.com/gizi/rahsia-8-rempah-ratus-popular/

  • No comments:

    Post a Comment